Featured By: Nurul Hana June 21, 2023 @ 12:40pm

Kunto Aji Bakal Bertemu Peminat Malaysia Di Zepp Kuala Lumpur Pada 4 Ogos Ini

Penyanyi dan penulis kreatif Yogyakarta, Indonesia iaitu Kunto Anji pernahdilihat seperti digugurkan dalam senarai Nusafest telah meraih pelbagai respons peminat yang sedih dan marah dengan isu tersebut.

Mas Kun tidak dapat berkasi dalam festival Nusafest seperti yang dijadualkan pada 8 dan 9 Julai gara-gara kesibukan jadual kerja dan pementasan figura.

Demi melangsaikan tugasan dan tanggungjawab melunaskan kerinduan pada Kunto Aji, Shiraz Projects sekali lagi membawa Mas Kun naik ke pentas buat tatapan dan pendengaran peminat di Malaysia.

Dibawakan oleh Shiraz Projects di bawah payung “Nusafest Presents”, Kunto Aji akan beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Ogos ini, jam 8.30 malam.

Bagi peminat yang terlepas menonton Kunto Aji sebelum ini kerana kapasiti lokasi, marilah sama sama menghayati dan menyanyi lagu-lagu tulisan dan nyanyiannya yang menajdi mantera untuk merawat emosi atau melayan lara di dalam dada.

Kali kedua beraksi di Malaysia, inilah masanya yang tidak patut dilepaskan untuk sama-sama berada dalam sejarah Kunto Aji di Zepp Kuala Lumpur pula.

Untuk pemegang tiket Nusafest, penjualaan tiket khas “Presale” akan diadakan pada Isnin, 19 Jun 2023. Tiket-tiket umum Nusafest Presents Kunto Aji mula dijual hari Selasa, 20 Jun 2023 bermula pukul 2 petang di www.myticket.asia. Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM225 (Platinum), RM 275 (Diamond & Silver), RM325 (Gold) dan RM600 untuk sesi Meet & Greet.

Selepas kemunculan perdana Kunto Aji di Kuala Lumpur dengan penjualan tiket habisdalam masa 30 minit, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects merasakan ini merupakan peluang yang sesuai untuk sekali lagi menampilkan Kunto Aji yang menjadi kegilaan orang ramai di Malaysia dan Indonesia di Zepp Kuala Lumpur.

“Kami sangat bersyukur dan teruja dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap kemunculan Kunto Aji yang pertama dahulu. Untuk kemunculan kedua, kami dengan bangganya mempersembahkan Kunto Aji yang kami rasakan sangat sesuai beraksi di Zepp Kuala Lumpur. Muzik Kunto Aji yang berkualiti dan melodinya pastinya akan membuat ‘pecah’ suasana Zepp, “ ujar Shirazdeen Karim, Ketua Pegawai Eskekutif, Shiraz Projects.

Kunto Aji yang pernah muncul dengan album Generation Y (2015) dan Mantra Mantra (2018) akan membawakan lagu-lagu hitsnya dan enaknya berkumandang. Pastinya khalayak menantikan lagu Pilu Membiru yang dianggap sebagai sebuah lagu ‘stage of grief’ (tahap kesedihan) seperti yang tertulis dalam ilmu psikologi.

Lelaki yang pernah memenangi anugerah Breakthrough Artist of the Year di Indonesian Choice Awards 2015 dan Anugerah Album Terbaik-Terbaik serta Artis Solo Pria/Wanita Alternatif Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2019 bakal muncul dengan band yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Tiket-tiket prajualan untuk pemegang tiket Nusafest boleh diperolehi mulai 19 Jun ini di www.myticket.asia. Penjualan tiket umum akan berlangsung pada 20 Jun 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 Nov 2023

Warganet Puji Kecantikan Tapi Dakwa Isteri Haqiem Rusli Buat Content Macam ‘Rempit’

Betul jugak apa netizen kata tu. Jadikan iktibar!❤️

Trending Tue, 7 Apr 2020

“Saya Tahu Ucapan Saya Jadi Lagu Rap, Kayuh Basikal Dalam Rumah Dan Trend Pakai Baju Kelawar Isteri” PM Akui Ianya Luar Biasa!

Rakyat Malaysia teruja dengan ucapan PM kali ni! Kalau semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat berseloroh dalam ucapannya mengenai aktiviti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sepanjang tempoh PKP. Malah, PM juga sempat memberitahu […]

Featured Mon, 16 Dec 2019

Kisah hidup Tengku Permaisuri Norashikin dibukukan

Kongsi pengalaman tahun pertama di istana

Trending Fri, 9 Jun 2023
Featured Mon, 18 Oct 2021

Cikgu Sekolah  Memandu Tunjuk Alat Sulit Kini Diburu Polis

Tindakan tidak senonoh seorang guru sekolah memandu yang melakukan gangguan seksual kepada pelajarnya kini diburu pihak polis. Difahamkan, suspek bertindak membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah […]

Kisah Viral Mon, 18 Apr 2022
Hiburan Mon, 28 May 2018

「万人体育馆开唱」戴佩妮惊:开这么大做么

不常活跃于社交网站的Penny戴佩妮,即将于8月11日回马开唱!近期常被催促开IG帐号,让她满脸疑惑反问:“开IG(演唱会)票就会卖得比较好吗?”

Trending Sat, 17 Mar 2018

Stor HKL Terbakar, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Alhamdulillah…Perkhidmatan di HKL tidak terganggu dan berjalan seperti biasa. Punca kebakaran serta kerosakan masih dalam siasatan pihak berwajib.