Categories: FeaturedOh Lawa

9 Fakta Menarik Tentang Maskara Yang Anda Tak Tahu

Selain gincu, maskara antara alat makeup yang wajib ada untuk setiap wanita. Kalau tak pakai maskara rasa macam tak lengkap! 

Pemakaian maskara bukan sekadar menyikat bulu mata untuk tampak melentik dan panjang, malah ia akan membuatkan penampilan wajah anda lebih memukau! 

Jom, kita ketahui 9 fakta menarik tentang maskara ini.

Foto: Giphy

1. Eugine Rimmel merupakan pakar haruman dan pengasas kosmetik dari Perancis yang menghasilkan maskara pertama pada tahun 1830.

2. Tom Lyle Williams yang berasal dari Chicago telah mencipta maskara yang lebih moden pada usia 19 tahun. Dia telah menghasilkan produk pertama yang bernama Lash-Brow-ine tetapi ia dinamakan semula Maybelline Cake Mascara. Kalau anda nak tahu, nama Maybelline adalah kombinasi bahan asas maskara iaitu Vaseline dan nama kakaknya yang memberi inspirasi iaitu Mabel.

3. Maskara adalah alat kosmetik pertama dilabel kalis air (waterproof) dan ia diperkenalkan pada tahun 1938.

4. Mengapa rata-rata wanita membuka mulut apabila memalit maskara? Ia sebenarnya membantu untuk mata anda tidak berkerdip.

Foto: Giphy

5. Jenama Revlon adalah maskara pertama yang dijual di dalam tiub dan ia dijual dengan harga dua dolar sahaja.

6. Pada tahun 1960, jenama Revlon antara yang pertama mencipta sejarah sekali lagi dengan mencipta maskara berwarna. Tidak lama selepas itu, Max Factor hadir dengan versi maskaranya sendiri.

7. Kebanyakan hal kecederaan solekan yang dilaporkan berlaku adalah disebabkan kes menggosok mata ketika maskara masih meliputi bulu mata.

8. Pada tahun 1930, satu produk bernama Lash Lure dipasarkan di Amerika Syarikat sebagai maskara kekal. Tapi, pada tahun 1933, jualannya dihentikan akibat ramai yang menggunakannya menjadi buta malah ada juga menyebabkan kematian.

9. Berbanding dengan produk kosmetik lain, maskara adalah produk yang mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu, hanya 5 bulan atau kurang. Dipercayai, wanita membelanjakan sebanyak RM12,000 untuk membeli maskara seumur hidupnya.

Sumber: EH!

tex_admin