Categories: FeaturedGaya Hidup

Barista Ini Hasilkan Lukisan Menakjubkan Atas Kopi, Macam Latte Art Tapi Lebih Rumit

Anda mesti dah biasa tengok latte art kan? Tengok saja pun dah teruja sebab bukan senang nak master teknik itu!

Seorang lelaki Korea Utara bernama Lee Kang Bin dah lama mahir, tapi dia tingkatkan lagi tahap kesukaran seni ini dengan menghasilkan teknik “CreamArt”.

Hmm, kacak!

Untuk sesiapa yang tak pasti apa itu latte art, ia adalah teknik seni di mana barista akan menuang susu stim ke atas permukaan air kopi espresso sambil menghasilkan corak-corak menarik.

Teknik CreamArt pula ialah di mana Kang Bin menuang susu stim ke atas permukaan air kopi cold brew hingga ia menjadi satu lapisan tebal. Kemudian dia melukis di atas susu itu, macam mana seseorang melukis di atas kertas biasa atau kanvas!

Dan hasilnya bukan calang-calang lukisan ya! Kang Bin telah mengukir namanya dengan menghasilkan semula lukisan-lukisan terkenal di dunia seperti “The Starry Night” oleh Vincent Van Gogh dan “The Scream” oleh Edvard Munch.

Foto: www.britannica.com / www.EdvardMunch.org

Tengoklah sendiri! “Sebijik”!

Mona Lisa pun dia pernah buat!

Pewarna yang dia gunakan ialah krim yang dicampurkan pewarna makanan. Macam oil paint!

Teknik seni ini mengambil masa 15 minit untuk siap dan minuman kopi ini dijual dengan harga 10,000 won secawan di kafenya Cafe C. Through di Seoul.

Di akaun Instagramnya, Kang Bin ada berkongsi video bagaimana dia menghasilkan lukisan CreamArtnya. Ada yang susah, ada yang simple; kita pun boleh buat, tapi mestilah kena banyak praktis.

Kang Bin telah mula membuat kopi sejak berumur 17 tahun. Ketika melaksanakan latihan tenteranya, dia telah membeli mesin kopinya sendiri dan membuka kafe untuk askar-askar lain di kemnya.

Walaupun dia tak pernah belajar melukis secara formal, Kang Bin sering terpilih untuk mengadili pertandingan latte art di seluruh dunia.

Kini, dia mempunyai 238,000 followers di Instagram dan mereka sering menghantar permintaan supaya Kang Bin cuba melukis lukisan atau karakter kegemaran mereka.

Sumber: Independent.co.uk, Instagram Lee Kang Bin

Ad Ops