Muka Seiras, Mungkinkah Ini Jodoh Aiman?

Wah, nampak happy betul penyanyi Aiman Tino dapat berjumpa seorang wanita yang seiras dengannya!

Menerusi entri di Instagram (IG), Aiman telah berkongsi gambar bersama seorang wanita bernama, Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Pyka.

“Disebabkan semua kata muka kami sama, mak dah restu kami tinggal sekali. Hahahahaha. Puas kita adjust muka nak bagi sama. #twin,” tulisnya sinis di laman Instagram.

Tahun lalu viral di media sosial apabila wajah Pyka dikatakan sama seperti Aiman Tino versi wanita namun disebabkan itu dia dikecam oleh orang ramai hingga dipanggil bodoh.

 

SGMS Faida