Categories: FeaturedGaya Hidup

Cari tuala wanita yang betul-betul ‘fit’ supaya anda selesa dan tidak kebocoran

Bayangkan anda sedang berada di satu majlis keramaian di mana anda memakai pakaian yang berwarna cerah.

Ketika anda sedang leka, anda terlupa sebentar yang anda sedang mengalami haid dan apabila anda bangun dari tempat duduk, teman anda membisik dengan nada panik dan memberitahu bahawa ada tompok merah pada kain anda! Oh, tidak! Malunya.

Pernahkah anda lalui situasi begini? Seram, bukan?

Isu ‘kebocoran’ ini sering sangat berlaku dalam kalangan wanita dan pastinya membimbangkan setiap kali mereka datang bulan.

Puncanya ialah pemakaian tuala wanita yang mungkin tidak betul saiznya atau tidak sepadan dengan aliran haid si pemakai.

Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, pengeluar barangan keperluan peribadi wanita Libresse menawarkan lebih banyak pilihan saiz untuk rangkaian tuala wanitanya.

Pengarah pemasaran Vinda Group Asia Tenggara, Evelyn Chan, akui bahawa semua wanita ternyata berbeza dari segi kontur dan potongan badan.

“Menyedari fakta ini, kami percaya bahawa satu saiz tuala wanita sahaja tidak sesuai untuk semua orang. Oleh itu, pilihan yang lebih luas bagi produk tuala wanita amat diperlukan.”

Dari situlah lahirnya idea untuk kempen Get Your Fit oleh Libresse. Ia menampilkan rangkaian baharu yang menggabungan ketebalan dan kepanjangan supaya bersesuaian dengan ukuran pinggul dan aliran haid pengguna.

“Ciri ini amat penting kerana ia dapat memberikan keselesaan dan perlindungan yang mencukupi,” kata Chan. Apabila memakainya, anda pasti akan rasa ‘selamat!’

Get Your Fit!

Produk tuala wanita Libresse kini ditawarkan dengan saiz Invisible Fit, Slim Fit, Maxi Fit dan Long & Wide Fit.

Invisible Fit

  • Ultra Thin 24cm, bersayap

Slim Fit

  • Wing 24cm *
  • Non-wing 24cm *
  • Slim Night 32cm, bersayap

Maxi Fit

  • Wing 24cm *
  • Non-wing 24cm *
  • Maxi Night 32cm, bersayap*

Long & Wide Fit

 

  • Night Secure 32cm, bersayap
  • Night Secure 41cm, bersayap

*Juga boleh didapati dengan aroma teh hijau

Kesemua produk tuala wanita Libresse dihasilkan dengna teknologi SecureFit yang memastikan pad sentiasa sepadan dengan kontur badan wanita, tidak kira bagaimana mereka bergerak sekalipun.

Bukan itu sahaja! Salurannya yang mendalam mampu menyerap cecair dengan pantas agar tuala berkenaan sentiasa kering. Kulit anda juga terlindung daripada sebarang kebasahan.

Produk Libresse lain

Selain itu, Libresse juga menawarkan produk penggaris seluar dalam (panty liners) dalam saiz Super Slim, Slim dan Longer & Wider. Kesemuanya boleh didapati dengan versi normal dan versi haruman teh hijau.

Terbaru daripada Libresse! Jika anda selalu sangat kebocoran, mungkin anda patut cuba pakai seluar dalam Maximum Security.

Ia menawarkan perlindungan berganda dan serapan lebar serta diperbuat daripada kain kapas lembut yang boleh bernafas.

Semua produk di atas dipasarkan dalam warna pek berlainan supaya mudah untuk anda kenal pasti saiz yang anda perlukan.

Siri jelajah ‘Get Your Fit’ Libresse

Jika anda tidak pasti dengan padanan tuala wanita Libresse yang terbaik untuk anda, jangan risau. Anda boleh sertai kuiz personaliti Get Your Fit di www.libresse.com.my/products/getyourfitquiz untuk dapatkan jawapannya berdasarkan kontur badan dan aliran haid.

Selain itu, Libresse juga akan membawa kempen ‘Get Your Fit’ ke lokasi terpilih di seluruh negara menerusi aktiviti menarik di kedai-kedai serta trak Libresse bermula sekarang hingga 13 Julai.

Foto: Libresse Malaysia

Juga menarik ialah penglibatan selebriti tempatan terkenal, iaitu pelakon Sharifah Amani dan pelawak Filzah Awok yang akan berkongsi pengalaman mereka sebagai wanita berkeyakinan serta berikan sokongan kepada kaum Hawa.

Foto: Libresse Malaysia

Dapatkan info dan jadual lengkap di bit.ly/getyourfit-truckschedule, laman Facebook Libresse® Malaysia, atau ikuti akaun Instagram Libresse (@Libresse_My) dan juga tanda pagar #LibresseMy dan #GetYourFit.

Kunjungi mana-mana lokasi untuk lihat dan rasai sendiri kempen Get Your Fit ini. Jangan terlepas, ya!

Ad Ops