Categories: FeaturedOh Lawa

Converse Lancarkan Kasut Sneakers Chuck Taylor Yang Bercorak Floral, Cantik Sangat!

Rasanya kasut-kasut sneakers anda yang plain atau tak bercorak akan nampak bosan di mata anda, terutamanya selepas anda melihat keluaran terbaru jenama Converse.

Ia memang terkenal dengan model kasut yang dipanggil Chuck Taylor All Stars, iaitu kasut bertapak getah dan berbadan kanvas. 

Yang paling biasa orang pakai adalah yang jenis tak bercorak dan berwarna hitam, tapi ada juga warna-warna lain.

Walaupun design kasut ini simple saja, sesiapa yang memakainya pasti akan nampak cool dan rugged!

Tapi kini, ada berita baik untuk peminat wanita kasut Chuck Taylor All Star!

Mereka boleh serlahkan “keperempuanan” mereka melalui keluaran terbaru kasut ini kerana ia bercorak bunga-bunga!

Buat masa ini ada 4 jenis corak yang anda boleh pilih. Jenis high top pun ada!

Digelar Converse Chuck Taylor All Star Parkway Floral 70 Sneaker, ia bukan diperbuat daripada kanvas tapi kulit yang datang dalam warna biru langit, beige serta salmon pink.

Corak floral yang nampak berseni itu disulam ke atas kain kulit kasut itu untuk memberikannya sebuah rupa yang mewah dan dijahit dengan tangan.

Sweet sangat. Coraknya akan terserlah jika anda pakai dengan seluar atau kain kosong.

Bila ia dijual di Malaysia, jangan tak beli, ya!

Sumber: PopSugar

Ad Ops