Categories: Gaya Hidup

Impi Perut Kempis? Elakkan Minuman Jenis Ini

Tidak ada mana-mana individu pun, baik wanita mahupun lelaki yang mahukan perut mereka buncit.

Masalah perut buncit bukan sahaja membuatkan seseorang itu malu, malah ia boleh menyebabkan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang.

Usaha untuk mengempiskan perut juga bukanlah semudah yang disangka, malah memerlukan seseorang itu konsisten serta berdisiplin dalam soal pemakanan harian dan juga senaman.

Tidak seperti masalah perut buncit yang sangat mudah untuk terjadi kepada semua, termasuklah dengan pengambilan tiga jenis minuman ini.

Justeru, cuba kurang atau elakkan 2 minuman ini supaya impian anda untuk memiliki perut kempis menjadi kenyataan.

1. Kafein

Bukanlah bermaksud anda tidak boleh langsung mengonsumsi minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh.

Namun, bergantung pada jenis dan kuantiti yang anda ambil kerana jika diambil berlebihan, ia mungkin dapat memberi kesan buncit sementara. 

Ketika kita minum kopi, tubuh kita memproduksi hormon kortisol, hormon yang serupa pada saat kita mengalami stres atau ketakutan. Ini meningkatkan kadar gula darah, dan itulah yang menyebabkan berubah menjadi lemak.

Tambahan pula, sebahagian besar daripada kita gemar mencampurkan minuman jenis ini dengan gula dan susu sehingga itu makin menambah jumlah kalori.

Malah, ada juga perlakuan kecil di mana kita mengonsumsi biskut atau kuih manis bersama kopi atau teh. Maka, bertambah-tambah lagilah lemak terkumpul di bahagian perut. Justeru, cuba kurangkan ya!

2. Minuman berkarbonat

Rasanya semua dah maklum mengenai kandungan gula tinggi yang terdapat dalam minuman jenis ini. Satu tin sahaja sudah mengandungi 9 ke 10 sudu gula, hampir melebihi dua kali pengambilan yang disarankan pakar pemakanan, iaitu 6 sudu gula sehari.

Air berkarbonat juga mengandungi 150 kalori, 30 hingga 55mg kafein, pewarna serta pemanis minuman yang tinggi. Selain membuatkan perut buncit, ia juga berisiko untuk mendapat diabetis.

Walaupun memudaratkan kesihatan, namun kedua-dua jenis minuman ini masih tetap menjadi kegemaran masyarakat kita. Kalau anda sayangkan diri anda, cuba  elak atau kurangkan mengambil minuman jenis ini ya! 

Sumber: Wanista

Ad Ops