Eat Travel By: Yanie Baharom August 22, 2018 @ 9:00am

Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ Confirm Menangis Gara-Gara Rosak Diet!

Selamat Hari Raya Aidiladha semua! Syoknya dapat balik kampung, berkumpul bersama keluarga serta sanak saudara. 

Kemeriahan Hari Raya Aidiladha atau turut dikenali sebagai Raya Haji mahupun Raya Korban, tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Hari Raya Aidilfitiri. Malah di sebelah Pantai Timur Malaysia, suasana perayaan ini jauh lebih meriah berbanding Raya Puasa.

Bercakap mengenai senario perayaan ini, ramai umat Islam  mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis akikah di mana lembu atau kambing ditumbang untuk dikorbankan, kemudian diagih-agih kepada penduduk sekitar.

So, anda rasa anda nak masak apa dengan daging yang anda dapat? Mana tahu mungkin sudah bosan menjamu menu rendang atau masak kicap?

Hijab & Heels ingin berkongsi satu menu yang cukup lazat untuk anda cuba iaitu Daging Bakar ‘Harimau Menangis’ iaitu resipi asal Puan Tahrunnisah Jali.  Wow! Takutnya bila dengar nama resipi ini.

Memang takut pun, sebabnya anda mesti paranoid bila makan bertambah-tambah kerana resipi ini confirm akan merosakkan diet anda!

Foto: Mingguan Wanita

Foto: Mingguan Wanita

Bahan-Bahan:

2 kilo daging dipotong kecil atau suka hati tak kisah bahagian mana

5 sudu besar sos cili 

5 sudu besar sos tiram

6 sudu besar sos black pepper

6 sudu besar sos ikan

1 1/2 sudu besar lada hitam tumbuk

2 sudu gula

1 sudu kecil garam tak perlu banyak

1/2 cawan minyak masak

Cara Membuat:

1.Campur kesemua bahan di atas kecuali minyak masak dalam 30 minit.

2.Kemudian baru tuang minyak masak dan gaul sebati dan perap lagi dalam 2 jam
sedia untuk dibakar.

(#tujuan letak minyak masak untuk bagi daging lembut & juicy)

Bahan-bahan Sos Cili Ala Thai

Segenggam asam jawa & 1 cawan air suam (campur keduanya dan ambil air asam jawanya sahaja)

3 sudu sos ikan

1 biji limau nipis

1 keping gula melaka ditumbuk halus

10 biji cili api ditumbuk halus (nak pedas boleh tambah lagi)

8 biji bawang merah kecil dihiris nipis

Beras di sangrai (digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus)

Daun ketumbar dipotong halus

Garam

Cara Membuat:

1. Air asam jawa, sos ikan, gula melaka, cili api tumbuk, bawang merah, beras tumbuk dan daun ketumbar dicampur bersama dalam satu bekas.

2. Tambah sedikit air masak jika adunan nampak terlalu pekat dan perah limau nipis.

3. Perasakan dengan sedikit garam.

Bahan-bahan Sos Blackpepper Mushroom

2 sudu besar mentega

2 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil lada hitam

5 sudu besar sos lada hitam

1 kiub stok ayam

2 sudu besar sos tiram

1/2 cawan sos perapan daging

1 sudu kecil kicap pekat

1/2 cawan whipping cream- kalau takde gantikan dengan susu segar

2 cawan air (jika pekat adunan boleh tambah air mushroom dalam tin dihiris nipis)

Cara Membuat:

1. Panaskan mentega dalam periuk.

2. Masukkan tepung gandum, kacau sekata dan masukkan 2 cawan air dan kacau guna whisker sehingga sebati.

3. Masukkan sos lada hitam, sos tiram, lada hitam tumbuk, stok ayam, sos perapan daging, kicap pekat dan whipping cream. Kacau sekata.

4. Jika adunan pekat boleh tambah sedikit air hingga dapat kepekatan yang diingini.

Selamat mencuba!

Kombinasi ayam dan keju pasti akan membuatkan anda terliur. Cuba resipi ayam panggang dengan keju parmesan ini untuk pikat selera keluarga anda.

Bahan:

  • Dua sudu besar minyak zaitun
  • Secubit bawang putih kering
  • Secawan serbuk roti
  • Setengah cawan keju Parmesan
  • Satu sudu teh basil
  • Setengah sudu teh lada hitam
  • Enam dada ayam tanpa kulit

Cara Menyediakannya:

  1. Panaskan ketuhar sehingga 175 darjah celcius. Sapukan acuan pembakar dengan minyak.
  2. Campurkan minyak dan bawang putih. Campurkan bersama serbuk roti, keju Parmesan yang diparut, basil, lada dalam mangkuk yang berlainan.
  3. Letakkan kepingan ayam ke dalam minyak kemudian salutkan dengan serbuk roti.
  4. Letakkan ayam dalam acuan pembakar dan taburkan dengan baki salutan serbuk roti.
  5. Bakar selama 30 minit. Masak sehingga ayam bertukar warna emas.

 

Sumber: Tahrunnisah Jali

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Tue, 13 Sep 2022

Syukur Konsert Faztival Dapat Sambutan Hangat, Fazura Raih 2 Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Tahniah Fazura!!! Dengar kata akan ada next Faztival Fazura 😍🔥

Featured Fri, 14 Sep 2018

7 Lagu Bertemakan Malaysia Yang Boleh Membakar Semangat Anda

Jom sambut Hari Malaysia dengan menyanyikan lagu-lagi ini sama-sama.

Featured Mon, 21 Mar 2022

“Lirik Sangat ‘Deep'” – Lagu ‘Ku Ikhlaskan’ Inspirasi Kisah Peribadi DSV, Jadi Saham Akhirat Bina Tahfiz

Orang kata ‘Tak kenal maka tak cinta’ begitulah konsep pada lagu DSV ini. Apabila dah dengar ternyata ramai yang mengalir air mata. Menurut DSV juga, lagu Ku Ikhlaskan adalah salah satu usahanya untuk mengumpul dana bagi membina Pusat Tahfiz di Perak. Alhamdulillah 🤩

Featured Sun, 5 Jun 2022