Categories: familuvFeatured

Foto keluarga bahagia TMJ, alahai comelnya gambar nombor 5

Keluarga diraja sering mendapat perhatian rakyat jelata. Apa sahaja yang dilakukan akan menjadi buah mulut ramai, baik dari segi fesyen mahupun gaya hidup mereka.

Ditambah pula dengan perkembangan teknologi dan kewujudan media sosial, rakyat kini lebih mudah mendapat akses untuk melihat dengan lebih dekat kehidupan keluarga diraja kesayangan mereka.

Memiliki pengikut seramai dua juta di Instagram, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam merupakan antara pasangan diraja yang sering menjadi tumpuan.

Keluarga Diraja Johor ini bukan sahaja menjadi perhatian bangsa Johor, malah seluruh rakyat Malaysia turut gemar melihat aktiviti dan detik indah keluarga bahagia ini.

Tunku Ismail, 35 dan Che’ Puan Khaleeda, 27 mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2014 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan puteri dan dua putera yang sangat comel iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim serta Tunku Abu Bakar Ibrahim.

Selain mengikuti laman Instagram TMJ, akaun Instagram Che’ Puan Khaleeda yang mempunyai setengah juta pengikut ini juga turut menjadi pilihan ramai.

Memiliki wajah yang cantik serta personaliti yang menarik, dapat dilihat juga sisi keibuan yang terpancar pada wajah isteri TMJ itu.

Jom kita lihat antara detik manis keluarga Diraja Johor ini menerusi foto-foto yang dikongsi di laman Instagram milik TMJ dan isterinya.

1. Pasangan romantis

2. Aktiviti berkuda bersama-sama keluarga

3. Aktiviti bermain bola sepak

4. Percutian indah bersama-sama keluarga

5. Sifat kasih sayang dan keibubapaan terserlah pada diri pasangan diraja ini

6. Keluarga bahagia

Ad Ops