Categories: FeaturedSihat

Ibu mampu kawal demam kuning si bayi melalui pemakanan, ini caranya!

Ribuan maklumat mengenai demam kuning, boleh didapati melalui carian Google.

Apa itu demam kuning, bagaimanakah gejala ini berlaku, mengapa bayi baru lahir merupakan mangsa utama, implikasinya pada si kecil, petua dan rawatan penyembuhannya, segala maklumat tersedia di hujung jari.

Biarpun penyakit demam kuning ini nampak biasa dan kerap menyerang bayi lingkungan usia 1 hingga 4 hari, namun ia tidak boleh dipandang remeh.

Kajian menunjukkan penghasilan pigmen kuning jika melepasi ke satu tahap boleh menjejaskan pendengaran bayi, malah perkembangan otak juga boleh terjejas.

Jika bayi anda sedang mengalami demam kuning, mungkin tip ini adalah baik untuk ibu amalkan kerana ia dapat menurunkan bacaan jaundis.

Tip elak demam kuning berlarutan:

1. Ibu disarankan makan oren sunkist 2 biji sehari.

Foto: Oh Media!

2. Ibu perlu menyediakan susu yang dikisar bersama 3 biji kurma 3 dan 7 biji kismis, lalu diminum.

3. Kerapkan menyusu badan. Selain kosongkan ‘payudara’ dengan memberikan susu badan selama 30 minit untuk sebelah payudara setiap kali menyusukan bayi.

 

Foto: Medical News Today

4. Kejut bayi sekurang-kurangnya satu atau dua jam sekali untuk menyusu.

5. Terakhir sekali elakkan mengambil herba seperti akar kayu dan halia, lada hitam sebelum hilang kuning pada bayi.

Tip ini baik untuk diamalkan bukan sahaja dapat membantu ibu bebas sembelit, tetapi juga bayi. Apabila sistem penghadaman bayi lancar, ia dapat mempercepatkan proses pemulihan bayi daripada demam kuning.

Paling afdal sekali, walau apa juga tip yang diamalkan sebaiknya bertemu dengan doktor jika si kecil menunjukkan tanda-tanda mengalami demam kuning kerana masa depan si kecil terletak di tangan anda!

Yanie Baharom