Eat Travel By: Yanie Baharom November 12, 2018 @ 5:00pm

Ini Bukan Sembarang Muzium, Syaratnya Wajib Pakai Sut Skuba! Wow Luar Biasa!

Setuju atau tidak generasi sekarang ini tidak lagi berminat dengan lawatan sambil belajar seperti mengunjungi muzium. Sesetengahnya beranggapan pendekatan dibawakan muzium bersejarah terlalu serious!

Kalau adapun muzium yang mereka excited untuk kunjungi, pastinya muzium yang bercirikan hiburan dan gaya hidup. Misalnya Muzium Selfie, Penang 3D Trick Art Museum, Muzium Kamera, Upside Down Museum, Muzium Tunnel dan seangkatan dengannya.

Antara sebab kenapa muzium yang menghimpunkan informasi sejarah kurang berjaya menarik perhatian kanak-kanak, salah satunya berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri yang kurang memberi galakan atau pendedahan kepada anak mereka.

Tapi muzium yang satu ini percayalah, bukan saja anak anda akan teruja, malah ibu bapa juga pasti over excited!

Foto: The Vocket

Sebabnya apa? Cancun Underwater Museum (MUSA) adalah sebuah muzium di dalam laut. Ia menyediakan satu pengalaman yang hebat di mana anda perlu memakai sut skuba untuk melawat muzium ini. Jika anda tidak ada lesen skuba, anda boleh melihatnya melalui aktiviti snorkeling.

Lebih 470 patung dan ukiran di dasar lautan Cancun ini dijalankan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memfokuskan kepada Seni Pemuliharaan (Art of Conservation).

Idea penubuhan ini dicetuskan oleh Pengarah Taman Laut Jaime Gonzalez Canto dan Jason deCaires Taylor, pengukir pada awal tahun 2008 selepas melihat banyak kerosakan terumbu batu karang semula jadi di Cancun, Mexico.

Foto: The Vocket

Kini, muzium ini bukan sahaja dipenuhi patung-patung dan ukiran tetapi terumbu-terumbu batu karang dan menjadi tempat tarikan hidupan laut membiak.

Jika anda berminat, yuran masuk aktiviti snorkeling ialah USD$45 untuk dewasa dan USD$22.50 untuk kanak-kanak (minimum umur 5 tahun). Lawatan selama 2 jam ini akan membolehkan anda melihat kumpulan ikan, penyu, dan hidupan laut yang lain di kawasan tersebut.

Bagi aktiviti skuba pula, yuran termasuk 1 tangki gas ialah USD$65 untuk seorang dewasa/kanak-kanak dengan minimum umur 10 tahun. Anda perlu tunjuk sijil skuba yang sah (kad skuba) semasa pendaftaran di sana. Anda akan diiringi oleh penyelam skuba bertauliah.

Foto: The Vocket

Foto: The Vocket

Foto: The Vocket

Foto: The Vocket

Foto: The Vocket

Foto: The Vocket

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 5 Apr 2020

Berhati-hati beli produk kesihatan dalam talian

Perhatikan label pada kotak pembungkusan

Events Mon, 12 Jun 2023

Akim & The Majistret Lebih Memilih, Kini Tampil Dengan Lagu Baru ‘Saksama’

Akim & The Majistret ni memang power lah 👏 Love semua lagu diorang💥

Featured Tue, 4 Apr 2023
Featured Mon, 11 Nov 2019
Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Wed, 17 May 2023

Adam Shamil Sampai Mesej Penghargaan Melalui Lagu ‘Bantu’

Pempengaruh digital, Adam Shamil Misran, 29 atau nama pentasnya sebagai Adam Shamil kini bersedia untuk melakar lebih jauh dalam industri hiburan tanah air setelah secara rasminya menjadi artis terbaru World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd […]

Featured Fri, 21 Oct 2022

“Anak Bertuah Orang Suruh Belajar, Dia Pergi Petik Taugeh” – Gelagat Comel Jebat Jayden Curi Tumpuan

Anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering tular disebabkan telatahnya yang sering menjadi perhatian ramai. Baru-baru ini, tular satu rakaman yang dimuat naik oleh Nabila di akaun TikTok. Dalam video tersebut, […]