Categories: familuvFeatured

Ini Cara Nak Buat ‘Bubble’ Buatan Sendiri. Anak Anda Pasti Seronok!

Cuti sekolah dah nak dekat, anda dah rancang aktiviti menarik untuk anak-anak? 

Biasanya, para ibu adalah orang yang paling excited rancang aktiviti untuk anda, sampaikan sanggup mengambil cuti semata-sama untuk manfaatkan cuti sekolah bersama anak-anak tercinta. Betul tak?

Selain keluar ke pusat membeli-belah, apa kata anda riangkan hari anak anda dengan bermain bubble! Gerenti mereka akan happy!

Yang bestnya, sebelum bermain anda boleh menghasilkan cecair buih yang sangat mudah dan lebih menjimatkan berbanding jika ia dibeli. Kalau di kedai, agak mahal jugalah harganya, kan lagi puas kalau anda buat sendiri saja. Anak-anak boleh bermain sehingga mereka bosan! Haha!

Resepi cecair buih ini dikongsikan oleh Puan Norshahida Lambri di laman Facebooknya. Jom kita semak cara-caranya!

Bahan-bahan

Foto: Siakap Keli News

Cara membuatnya

1. Masukkan tepung jagung dan air ke dalam bekas atau besen.

2. Kemudian, masukkan joy dan kacau sehingga sebati. Siap!

3. Sebaiknya, simpan di dalam bekas yang bertutup selama semalaman. Tapi, kalau anak anda dah tak sabar nak bermain, boleh saja beri mereka!

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

tex_admin