Categories: FeaturedGaya Hidup

Jangan Makan 5 Makanan Ini Secara Mentah. No.3 Itu Yang Selalu Anda Makan!

Pernah tak ketika anda sedang menyediakan bahan masakan, tangan anda ringan sahaja masukkan bahan-bahan masakan tersebut ke dalam mulut? Belum masak lagi anda dah jadikan bahan tersebut seperti kudapan.

Anda perlu tahu tidak semua makanan boleh dimakan secara mentah ya! Ini antara makanan yang dilarang sama sekali makan secara mentah.

1. Kentang

Foto: Shutterstock

Kalau anda makan kentang yang masih mentah ia boleh menyebabkan angin dalam badan. Perut anda juga akan mengalami banyak gas, kerap kentut  dan kembung perut.

Kentang yang telah direndam lama dalam air dan sekiranya anda makan secara mentah ia akan menyebabkan berlakunya keracunan makanan.

2. Sosej

Foto: Shutterstock

Anda janganlah makan sosej masih mentah, ini kerana kita tidak tahu cara pembungkusan sosej dan ia mungkin terdedah dengan pelbagai kuman. Sebaiknya, basuh dan rebus atau goreng sosej sebelum dimakan.

3. Taugeh

Foto: SirapLimau

Untuk pengetahuan anda, taugeh kaya dengan vitamin yang baik untuk kesihatan. Namun, anda perlu ingat taugeh tumbuh dalam kawasan yang lembap dan bakteria mudah untuk membiak. Pastikan anda sentiasa membeli taugeh yang segar dan bukan yang direndam selama beberapa hari.

4. Terung

Foto: Shutterstock

Terung mentah mungkin mengandungi toksik Solanine. Anda boleh mengalami angin, kembung perut dan keracunan makanan.

Anda dah tahu kan? Jadi, lepas ini jangan makan semua jenis makanan ini secara mentah ya! Dah baca, silalah berkongsi info ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda pulak ok!

Sumber: Reader’s Digest

tex_admin