Categories: Trending

Najib Dan Rosmah Tak Boleh Keluar Negara

Jabatan Imigresen Malaysia telah mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah disenarai hitam untuk ke luar negara.

Perkara itu telah diumumkan melalui laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia sebentar tadi. Najib Razak dan Isterinya yang dipercayai mahu bercuti ke Indonesia selepas jadual penerbangan mereka tular di laman sosial.

Pihak media dan orang ramai sejak awal pagi tadi telah berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk menghalang pasangan suami isteri itu untuk ke luar negara.

SGMS Enal