Featured By: Fadzlena Jafar April 2, 2020 @ 8:54pm

Kes import punca jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat

Kes jangkitan import dikenal pasti punca peningkatan jumlah kes baharu positif COVID-19 di negara ini meskipun Malaysia melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu.

Hari ini sahaja, jumlah kes baharu positif COVID-19 meningkat 208 kes menjadikan jumlah keseluruhan 3,116 kes berbanding hanya 140 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan carta keseluruhan kes COVID-19 dalam negara ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kebanyakan kes baharu jangkitan novel koronavirus itu didapati berpunca daripada kegagalan rakyat Malaysia yang balik ke tanah air melakukan kuarantin sendiri di rumah.

“Peningkatan kes baharu ini akibat kes import iaitu rakyat yang baru balik ke Malaysia dan mereka sudah dijangkiti di luar negara.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati ada sebahagiannya yang diminta untuk melakukan kuarantin sendiri di rumah, tetapi mereka tidak melakukannya dan masih juga keluar. Ini antara sebab mengapa fasa kedua PKP dilaksanakan,” katanya pada Sidang Media Harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Semalam, agensi berita asing melaporkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan jumlah kes di Malaysia akan mencapai kemuncak pada pertengahan April berdasarkan data sedia ada.

Dr Noor Hisham berkata, KKM akan memastikan setiap rakyat Malaysia yang baru balik ke tanah air akan disaring dan dikuarantin selama tempoh 14 hari sama ada di pusat kuarantin yang disediakan atau di hotel yang sudah dikenal pasti.

“Kita melihat contohnya, pengalaman China yang berjaya menghentikan penularan COVID-19 selepas melakukan perintah berkurung di seluruh negara itu, namun berdepan dengan kes jangkitan baharu akibat kes import. 

“China kini menguatkuasakan arahan untuk melakukan kuarantin terhadap setiap rakyatnya yang baru balik ke negara itu selepas tempoh berkenaan.

“Dua minggu ini (fasa kedua PKP) amat penting, kita perlu memainkan peranan masing-masing, jaga kebersihan, kerap basuh tangan, amalkan penjarakan sosial dan paling penting disiplin sosial,” katanya.

Gambar utama: Rakyat Malaysia pulang dari Itali disaring dan dikuarantin. (Gambar NSTP)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Mar 2023
Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Mon, 7 Nov 2022
Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Sat, 24 Sep 2022

Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Alamak! Siapa pulak ni? Tapi, dengar kata selebriti tu selalu buka slot ‘paid review’ dekat IG 🤨

Featured Wed, 2 Nov 2022

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian

Sering Berpenampilan Pelik, Kali Ini Fesyen Elegan & Ringkas DSV Raih Perhatian Usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) sering menjadi perhatian warganet kerana sering tampil dengan fesyen yang unik dan berani, malah ada yang melabelkan […]