Categories: FeaturedSihat

Ketahui pemakaian topeng muka yang betul, elak koronavirus dan influenza

Susulan kes virus Influenza A dan koronavirus 2019-nCoV yang melanda negara, banyak pihak mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah jangkitan wabak terbabit.

Selain mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, penggunaan topeng muka atau pelindung hidung serta mulut juga amat penting bagi mencegah jangkitan virus itu.

Bagaimanapun, ramai yang mungkin keliru mengenai cara pemakaian topeng muka yang betul. Terdapat segelintir yang memakai bahagian berwarna biru atau hijau pada bahagian dalam, yang mana cara itu adalah SALAH!

Menurut perkongsian di Facebook Bel Nawhen, warna biru atau hijau sepatutnya berada di luar kerana lapisan berkenaan bersifat hidrofobia (hydrophobic) iaitu tidak menyerap air, justeru perlu dipakai pada bahagian luar untuk mengelak sebarang bakteria atau mikroorganisma yang membawa kuman penyakit melalui wap air daripada melekat pada topeng dan menjangkiti anda.

Dalam erti kata mudah, fungsi lapisan berwarna biru atau hijau itu adalah untuk mengelak kuman masuk dari bahagian luar, manakala bahagian dalam yang bersifat hidrofili (hydrophilic) bagi menyerap air, sekali gus tidak memberi peluang pada kuman daripada mulut atau hidung anda keluar daripada topeng muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagaikan Mayat Hidup, Mangsa Koronavirus Di Kuarantin Dalam ‘Keranda’

Kredit gambar: Public Health Malaysia

Panduan pemakaian topeng pembedahan yang betul adalah dengan menutupi hidung dan mulut sepenuhnya. Bahagian berwayar pula mesti diletakkan di atas bertujuan untuk memberi kekemasan pada bahagian hidung, manakala topeng muka bahagian bawah perlu ditarik sehingga menutupi dagu.

Perlu diingat, topeng pembedahan itu hanya boleh diguna sekali sahaja. Pastikan bahagian dalam dilipat keluar sebelum membuang topeng muka jenis itu dan sebaik-baiknya dibalut di dalam plastik sebelum dibuang di dalam tong yang bertutup.

Pastikan juga tangan dicuci bersih sebelum dan selepas memakai mahupun membuang topeng muka. Anda juga perlu tahu, pemakaian topeng muka jenis topeng pembedahan itu tidak mampu menapis serta menyaring partikel mikroorganisma yang sangat kecil seperti Tuberkulosis (TIBI) mahupun influenza. Penggunaan topeng muka jenis N95 adalah pilihan yang tepat untuk kegunaan yang lebih berkesan.

Bagi panduan yang lebih terperinci, anda boleh lihat video demonstrasi cara pemakaian topeng muka yang dikongsi oleh pakar daripada Pusat Kolabratif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Seto Wing Hong menerusi laman Facebook QuickTake by Bloomberg.

Ad Ops