Categories: FeaturedOh Lawa

Koleksi aksesori unik untuk wanita, sesuai digaya saat musim panas dan Lebaran!

Inovasi rekaan mengikut musim tidak terbatas pada penghasilan pakaian dan tas tangan sahaja, malah aksesori seperti perhiasan untuk wanita turut tidak terlepas memenuhi kitaran perkembangan fesyen.

Melewati keghairahan musim panas bermula Jun ini dan bakal berakhir pada September nanti, meskipun Malaysia bukanlah negara beriklim empat musim, namun koleksi perhiasan wanita yang dihasilkan sempena musim panas pada tahun ini, boleh dikaitkan dengan cuaca di Malaysia yang sememangnya hangat!

Foto: Merkado Accessories Dubai

Koleksi yang bakal dipaparkan sangat cantik disuai padan dalam gaya polos resort mahupun busana Hari Raya memandangkan Aidilfitri disambut selama sebulan.

Aksesori seperti anting-anting dan rantai yang diperbuat daripada batu permata, cengkerang, juntaian manik dan fabrik berbulu, dihadirkan pula dalam warna-warna terang, bentuk bunga, kumbang dan buah-buahan, sememangnya mampu menyerlah penampilan minimalis anda.

Foto: Instagram Little Miss Khan

1. Seaglass Bib

 

2.  Lakota Drops

 

3. Tahiti Pom Pom Necklace

 

4. Catalina Tassel Earrings

 

 

5. Mitra Y-Choker

 

 

 

Yanie Baharom