Categories: AcaraFeatured

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Safilo tampil kelainan

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Cermin mata bukan sahaja membantu penglihatan menjadi lebih terang dan jelas, malah ia juga dianggap sebagai pelengkap gaya kala berpenampilan.

Lebih-lebih lagi kini ada pelbagai bentuk bingkai yang bole dipilih sekali gus membuatkan anda tampil menawan sekiranya kena dengan bentuk wajah.

Pengeluar jenama cermin mata Safilo, baru-baru ini melancarkan  koleksi cermin mata bagi Musim Luruh-Sejuk 2019 menampilkan pelbagai gaya dan bentuk cermin mata, bertempat di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur.

Pelancaran ini turut menampilan beberapa jenama lain seperti seperti Dior, Jimmy Choo, Kate Spade, Polaroid, Fendi, Givenchy, Moschino, Fossil, Carrera dan Hugo Boss. 

Antara pengunjung yang hadir di pelancaran Safilo bagi koleksi musim Luruh-Sejuk 2019. Foto: NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Safilo, syarikat cermin mata yang berasal dari Itali ini mencipta cermin mata yang berkualiti di seluruh dunia. Antaranya adalah cermin mata hitam, bingkai optik dan cermin mata sukan. 

Terdapat pelbagai rekaan baru bagi Musim Luruh-Sejuk pada tahun ini yang telah dilancarkan oleh Safilo pada 11 September lalu. 

  1. Bingkai cermin mata

Antara bentuk bingkai yang terdapat di Pelancaran Safilo bagi koleksi musim Luruh-Sejuk 2019.            Foto: NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Bingkai cermin mata tahun ini menampilkan pelbagai bentuk yang akan menarik minat anda! Antaranya bingkai diperkenalkan jenama Boss mempunyai sedikit keistimewaan iaitu bingkai untuk sukan lasak kerana ia boleh dilenturkan dengan mudah.

Selain itu, Kate Spade dan Moschino pula mengeluarkan  koleksi bingkai cermin mata hitam seperti mata kucing dengan pelbagai warna yang menarik. Dior juga tidak terkecuali memperkenalkan koleksinya dengan bingkai yang kelihatan elegan. 

2. Kanta cermin mata

Kelihatan bergaya seperti Jennifer Lopez, koleksi keluaran Givenchy dengan permukaan kanta yang rata ini pastinya membuatkan anda tampil yakin. Bukan itu sahaja, terdapat pilihan warna yang menarik dan ada juga yang mempunyai dua tona warna seperti koleksi  Kate Spade dan Fendi. 

Manakala Moschino pula, terdapat tulisan di kanta yang membuatkan anda kelihatan urban dan bergaya. Akan tetapi tulisan itu hanya dapat dilihat oleh orang lain dan bukannya si pemakai. Menarik bukan? 

3. Aksesori

Antara aksesori yang ada pada cermin mata hitam di Pelancaran Safilo bagi koleksi musim Luruh-Sejuk 2019. Foto: NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Tidak lupa aksesori yang turut ditatah pada bingkai, antaranya adalah swarovski yang terdapat di bahagian atas bingkai keluaran  Givenchy, Moschino dan juga logo jenama mereka yang ada pada tepi bingkai seperti koleksi Givenchy dan Fendi. 

Terdapat juga koleksi keluaran jenama Moschino dan Jimmy Choo yang mempunyai tali untuk digantung. Sesetengah orang beranggapan bahawa ia kelihatan seperti orang tua. Tidak! Realitinya ia kelihatan amat bergaya apabila memakainya. 

tex_admin