Beberapa pesanan yang ditulis di atas kertas dan ditampal di pusat kuarantin bagi melahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan mengundang rasa terharu kepada semua yang membacanya.
Di sebalik pelbagai kisah kluster kayangan yang mencetus kemarahan dalam kalangan warga siber, pesanan berkenaan bagai memujuk hati petugas barisan hadapan yang ada antaranya terpaksa bekerja tanpa mengira masa dan tenaga.
Antara pesanan yang ditulis tangan itu meluahkan perasaan terharu dengan pengorbanan petugas barisan hadapan, malah ada yang mendoakan petugas barisan hadapan diberi ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.
Lukisan comel itu ditampal di pintu bilik dan pintu masuk pusat kuarantin apabila mereka menamatkan kuanrantin berkenaan.
Dilaporkan ada antara petugas barisan hadapan yang tidak bertemu dengan ahli keluarga sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan apabila dikerah untuk mengadakan sekatan jalan raya, menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), mensanitasi premis dan juga menjaga wad COVID-19.
Tidak hairanlah ramai warga siber yang melahirkan kekesalan apabila ada rakyat yang pulang dari luar negara seolah-olah tidak bersyukur apabila berkongsi hantaran dalam media sosial mengenai keadaan bilik di pusat kuarantin yang tidak selesa atau makanan yang tidak enak.
Semoga paparan ini dapat mengingatkan semua rakyat untuk sentiasa bersyukur dan reda dalam keadaan yang tidak menentu sejak wabak COVID-19 melanda negara, Januari lalu.
Nasi dah jadi bubur 🥲
Kekasih baru lagi ke ni?👀