Featured By: Shaidah Shafie March 5, 2020 @ 10:01am

Misteri air labu Sayong kekal sejuk walaupun dalam cuaca panas

Masyarakat Melayu khususnya di sekitar Perak sejak dulu lagi menggunakan labu Sayong sebagai bekas menyimpan air. Selain digunakan sebagai air minuman, air dalam labu Sayong juga diamalkan ketika seseorang itu kurang sihat.

Tidak hairanlah, apabila ada yang mengatakan air yang disimpan dalam labu itu mempunyai pelbagai khasiat termasuk dapat mengurangkan kepanasan badan khususnya ketika demam, malah dalam kes tertentu melegakan gejala batuk.

Rasa air yang disimpan di dalam labu berkenaan sedikit payau, malah air dalam labu itu dikatakan sentiasa sejuk walaupun dalam cuaca panas sehingga menimbulkan persoalan masyarakat hari ini.

Keunikan labu Sayong itu menyebabkan beberapa pihak cuba menyingkap di sebalik misteri suhu air yang sentiasa sejuk itu termasuk ada yang mengkaji kandungan bahan yang digunakan bagi menghasilkan labu Sayong.

Inilah bentuk labu lepat yang memenangi anugerah reka bentuk di peringkat antarabangsa. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Labu sayong diperbuat daripada tanah liat yang hanya boleh didapati di Sayong, Kuala Kangsar, Perak. Beberapa pengkaji menyatakan tanah di sekitar Sayong berasal dari debu letusan Gunung Berapi Toba, Indonesia yang berlaku 74,000 tahun lampau.

Debu letusan itu dibawa angin sehingga ke Semenanjung Malaysia dan antara lokasi paling tebal menerima enapan debu gunung berapi berkenaan ialah Kampung Kepala Bendang, Sayong yang kini menjadi lokasi utama pengeluaran labu Sayong.

Dr Ros Fatihah Muhammad mengukur kedalaman tanah liat yang diambil untuk dijadikan labu Sayong di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Pensyarah Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Dr Ros Fatihah Muhammad, yang membuat kajian terhadap tanah di situ mengakui ada menemui sampel debu gunung berapi di dalam tanah yang diambil dari kawasan berkenaan,

“Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sampel tanah liat yang diambil, memang terdapat debu letusan Toba di dalamnya.

“Bagaimanapun, tiada bukti mengatakan debu gunung berapi itu menyebabkan air di dalam labu menjadi sejuk. Tambahan pula kajian masih lagi dijalankan,” katanya.

Mohd Pareb bersama labu Sayong yang dihasilkannya. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Bagi pengusaha labu Sayong di kampung berkenaan, Mohd Pareb Zamari, air yang disimpan di dalam labu Sayong adalah antara air yang enak untuk diminum kerana kesegarannya.

“Saya tidak menemui sebarang kajian mengatakan air labu Sayong berkhasiat dan ada zat tertentu, tapi berdasarkan pengalaman saya, air yang disimpan di dalam labu Sayong memang sejuk.

“Bukan sahaja sejuk, ia juga menyegarkan. Mungkin kerana disimpan di dalam tanah (labu) yang mengandungi banyak akar pokok,” katanya ketika ditemui di bengkel pembuatan labu Sayong miliknya.

Kayu tembesu diukir dengan pelbagai corak untuk ditekap pada labu Sayong sebagai hiasan. Foto: Arkib Hijab & Heels.

Anak kelahiran Sayong itu mewarisi kemahiran membuat labu Sayong daripada arwah bapanya, Zamari @ Zamri Pandak Ahmad yang juga pemilik KZ Kraf.
Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang pada sejuknya air yang disimpan di dalam labu.

“Selain tanah liat yang digunakan, teknik pembuatan juga menyumbang kepada mutu labu Sayong yang dihasilkan.

“Proses pembakaran dan suhu ketika membakar juga mempengaruhi labu Sayong yang dihasilkan,“ katanya.

Berbeza dengan pembuatan tembikar yang menggunakan tanah liat biasa, labu Sayong pula menggunakan tanah liat yang bercampur dengan akar kayu.
Mohd Pareb berkata, proses membuat labu Sayong bermula dengan usaha menggali tanah pada kedalaman tertentu bagi memastikan tanah yang digunakan itu adalah yang terbaik.

“Kami menggunakan tanah yang diambil daripada bahagian yang agak dalam, jadi di dalam tanah itu ada banyak akar kayu. Tanah yang mengandungi akar itu dijemur kering, ditumbuk dan barulah dibentuk menjadi labu,” katanya.

Perniagaan turun temurun itu kini menjadi punca pendapatan utama penduduk di sekitar Sayong, lebih-lebih lagi apabila produk berkenaan diangkat sebagai antara produk cenderamata utama Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Wed, 13 Jul 2022

#WhazzupNetizen: Drama ‘Risik Pada Hati’ Trending, Video Siti Bertemu Lailatul Qadar Viral, & Inai Neelofa Banyak Pantang Larang?

Segmen #WhazzupNetizen minggu ini! Alamak betul ke inai Neelofa ni tak cantik? Siti Nurhaliza dakwa pernah bertemu Lailatul Qadar? 🥲🥺Min setuju drama Risik Pada Hati ni sangat meruntun jiwa 😭😭

Featured Thu, 22 Sep 2022
Featured Sat, 27 Apr 2024
Featured Mon, 19 Sep 2022

Zara Zya Nak Jadi Jahat

Zara Zya nak bawa kelainan dalam lakonan

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] “Tu La Siapa Suruh Reject Orang” – Sengaja Salah Dalam Buat Trend, Nadia Brian Rindu TikTokers MamatGotNoChill?

Alamak, ni siapa yang rindu siapa ni? Mamat broken ke tu kena reject dengan Nadia Brian? Hihihiiii

Featured Mon, 8 Aug 2022

“Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikritik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri

Ini pilihan Dr. Amalina & suami. Lahir di Malaysia atau luar negara, yang penting anak tersebut ditatang bagai minyak yang penuh, dididik dengan baik untuk menjadi insan bertanggungjawab di masa hadapan.