Featured By: Salma Syahbuddin August 16, 2023 @ 5:00pm

“Brotherhood Kami Kuat, Berpisah Bila Ada Yang Mati Je” – Tepis Dakwaan Bergaduh, Floor 88 Mahu ‘Pecah’ Rekod Kumpulan Paling Lama Bertahan Di Malaysia

Susulan dakwaan bergaduh dan mengalami krisis akibat pemain drumnya menubuhkan kumpulan baru yang digelar sebagai Box Million Story, anggota kumpulan Floor 88 iaitu, Eric Fuzi,  Zai Hamzah dan Akram menafikan isu tersebut.

Menurut Akram selaku pemain drum, hubungan ‘brotherhood’ mereka kuat dan tiada istilah dia meninggalkan kumpulannya itu.

Katanya, penubuhan Box Million Story adalah untuk mencari kepuasan diri sendiri namun keutamaan masih diberikan terhadap kumpulan Floor 88.

“Kuat, siapa cakap brotherhood kami tak kuat? Saya buat projek band lagi satu ni sebab nak cari kepuasan memandangkan genre muzik saya berbeza dengan Floor 88.

“Tapi priority saya masih Floor 88. Let say bila tiba-tiba dua-dua band ada job, saya akan still dahulukan Floor 88,” katanya.

Perkara itu dikongsi Akram ketika ditemui pada majlis Sidang Media TikTok Award Malaysia 2023 yang diadakan di The Godown Arts Centre, Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Tubuh Band Baru Gara-Gara Bergaduh Dengan Floor 88, Ini Respons Akram… – “Senyap Saja Diminta Nyanyi Lagu Ciptaan Saya…

Mengulas lanjut, Eric Fuzi berkata, tiada istilah berantakan dalam kumpulan Floor 88 memandangkan mereka mempunyai hala tuju yang sama dalam industri seni.

“Macam ni lah, kita cuba untuk kekal dan tidak berpecah tapi kalau sebaliknya kita tak boleh buat apa. Cuma, buat masa sekarang ni kita semua (Floor 88) ada  hala tuju yang sama. Jadi kita doakan,” jelasnya.

Bahkan, mereka berharap kumpulan Floor 88 dapat memecahkan rekod kumpulan paling lama bertahan di Malaysia.

“Kalau tengok Floor 88 mempunyai kematangan dalam persahabatan. Walaupun masing-masing ada yang buat projek band sendiri tapi kita still support each other. 

“Dan, saya harap band ni berpecah kalau ada kematian je lah. Dan lagi satu kita pegang satu benda je, kalau nak gaduh , gaduh je tapi jangan sampai keluar band, gaduh sampai settle.

“Sejujurnya Floor 88 target untuk pecah rekod dalam Malaysia bahawa kumpulan ni tak akan berpecah. Insya-Allah memang kami target benda tu. Even masing-masing ada projek pun tapi bila ada performacne, Floor 88 tetap orang yang sama,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Trending Tue, 27 Oct 2020
Featured Sat, 5 Nov 2022

“Tak Gemar Anak Jadi Artis…” – Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Anak Berlakon

Pelakon Mustapha Kamal bimbang apabila anak gadisnya, Salsabil Qur’ani atau lebih mesra dipanggil Bil menyatakan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia lakonan. Memetik laporan mStar, Mustapha tidak gemar melihat anaknya itu berlakon namun selepas […]

Hiburan Sat, 2 Mar 2024
Hiburan Mon, 21 Oct 2019

‘Saya Bukan Orang Kaya’ -Sham Visa

Lama menghilang, rupanya…

Trending Wed, 13 Jan 2021