Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 5, 2022 @ 3:38pm

“Tak Gemar Anak Jadi Artis…” – Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Anak Berlakon

Pelakon Mustapha Kamal bimbang apabila anak gadisnya, Salsabil Qur’ani atau lebih mesra dipanggil Bil menyatakan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia lakonan.

Memetik laporan mStar, Mustapha tidak gemar melihat anaknya itu berlakon namun selepas melihat kesungguhan Bil membuatkan dia terbuka hati dan memberi keizinan.

“Ada yang saya rasakan tidak sesuai untuk dia menjadi pelakon. Walaupun susah nak jelaskan kebimbangan ini, tetapi adalah sesuatu yang membuatkan saya bimbang.

“Sebenarnya saya tidak gemar anak-anak menjadi artis, tetapi melihat minat dia cenderung ke arah itu, saya okay sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Drama Kau Cipta Kasih itu turut mengakui dia agak memilih dalam setiap tawaran yang diberikan kepada anaknya.

Malah, dia turut menasihati anaknya itu supaya sentiasa menjaga displin jika mahu berjaya dalam industri seni.

“Dia masih di bawah jagaan saya. Kalau ada watak yang tidak sesuai dengan umurnya saya akan tolak.

“Dalam apa juga pekerjaan yang dilakukan saya sentiasa menasihati anak-anak supaya perlu ikhlas dan jaga displin serta pandai bawa diri. Insya-Allah akan berjaya di masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Bil mengaku kerjaya lakonan memberi kepuasan berganda kepadanya dan tidak menolak jika ini akan menjadi satu kerjaya tetap.

Tambahnya lagi, dia tidak pernah terfikir untuk menjadi pelakon sebelum ini namun minat itu datang secara semula jadi memandangkan sudah ada darah seni dalam dirinya.

“Saya suka dengan apa yang dilakukan sekarang ini. Namun, semuanya terpulang kepada ayah kerana dia sangat memilih. Kalau dia tidak benarkan saya tidak akan terima.

“Apa saja tawaran yang diterima saya akan rujuk dahulu kepada ayah. Dia juga akan sentiasa ikut menemani saya ke lokasi penggambaran,” katanya.

 

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 12 Nov 2019

Kenalkah Anda Dengan Model Rokok Marlboro?

model lelaki koboi ini tidak pernah merokok seumur hidupnya

Events Tue, 15 Jan 2019

“Saya Doakan Dia Segera Sembuh” Khai Bahar Enggan Perjelas Hubungan Bersama Wany Hasrita

Biarlah Rahsia, Wah! Macam lagu Dato Sri Siti Nurhaliza pulak kan?

Contest Thu, 25 Jul 2019
Featured Fri, 23 Sep 2022

Reda Jika Kurang Tawaran Berlakon Selepas Diserang Angin Ahmar, Haeriyanto Utamakan Pulih Kesihatan

Semoga Haeriyanto kembali sihat dan pulih daripada segala penyakit aamiin 😊

Featured Sun, 23 Sep 2018
Hiburan Wed, 19 Apr 2023
Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] “Ni Baru Betul! Aku Tak Suka Aku Akan Block,” – Tukar Lirik, Netizen Terhibur Lagu ‘Swipe’ Versi Sajat

Sajat ni kan 🤣🤣🤣 ‘Aku ada type, kalau aku tak suka, aku tak suka aku akan block… block. Anjingg block’ 🤣🤣🤣 Terhibur min 🤣🤣

Hiburan Tue, 31 Oct 2023

Peguam Syamsul Yusof Beri Respons Dakwaan Perceraian Dengan Ira Kazar

Peguam yang pernah mewakili kes perceraian Syamsul Yusof beri penjelasan…