Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 2, 2024 @ 11:47am

AJL38: “Mengharapkan Keajaiban Untuk Kami Sembuh Sepenuhnya” – Masdo

Kugiran Masdo mengharapkan kembali pulih sepenuhnya selepas ada antara ahli kumpulan mereka mengalami masalah kesihatan seperti diserang demam menjelang Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Ahad ini.

Bercakap kepada XTRA, pemain gitar bass, Putut Ceri atau nama sebenarnya Ahmad Azanol Khushairie berharap mereka dapat sembuh kembali demi memberikan persembahan terbaik buat peminat.

“Sebelum kami bergerak ke United Kingdom kami dah buat persediaan sebaiknya tetapi keadaan sekarang kami tidak sihat, mungkin sebab faktor cuaca.

“Ali juga diserang demam, suara juga hilang, saya juga selesema.

“Insya-Allah harap kami semua cepat sembuh, tinggal beberapa hari sahaja lagi, kesihatan itu yang penting, harap dapat pulih kembali.

“Malam nanti punyai tekanan lagi berbeza dan luar biasa, jadi kami perlu sihat supaya kami dapat persembahkan apa yang dirancang,” katanya.

Masdo ditemui pada sesi raptai di Axiata Arena, pada Jumaat.

Dalam pada itu, vokalis, Ali Sariah yang diserang demam hampir seminggu itu mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya kesihatannya masih belum pulih.

“Doktor juga nasihatkan saya supaya makan ubat. Kebiasaanya saya sakit tekak dalam dua atau tiga hari saja tapi kali ini agak lama.

“Bila sakit di bahagian tekak ini, untuk pulih sepenuhnya itu ambil masa. Tapi saya dapat tahu ada kaedah lain untuk sembuh tapi saya belum cuba.

“Perkara itu juga difikirkan sekiranya tidak pulih, itu pilihan terakhir saya. Tapi apa yang saya bersyukur sangat adalah saya masih lagi mampu bersuara,” ujar Ali.

Ditanya mungkin ada perancangan lain sekiranya masalah kesihatan tersebut masih membelenggu, Putut Ceri mengakui tidak mempunyai jalan lain sebaliknya mengharapkan yang terbaik.

“Tetap dengan perancangan asal tapi kita kena jaga diri sebaiknya seperti tidur awal sebab kami juga masih perlu mengambil ubat.

“Kami mengharapkan keajaiban untuk kami sembuh sepenuhnya. Kita mencuba sehabis baik untuk beri yang terbaik pada malam nanti.

“Doakan kesihatan kami terutamanya Ali untuk pulih sebab dia adalah vokalis,” harapnya.

Alami dunia Muzikaverse di AJL 38 , bersiaran langsung dari Axiata Arena, Ahad, 3 Mac, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton.

Dibawakan khas oleh penaja utama, Alha Alfa dan rakan penaja, U Mobile. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan!, XTRA dan Seismik sebagai rakan digital, serta Hot FM sebagai rakan radio.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Trending Fri, 25 Dec 2020

Tahniah… Tasha Shilla Hamil 5 Bulan!

Wah, hamil anak sulung!

Trending Wed, 12 Sep 2018

Panggang, Rebus Atau Kukus, Penduduk Hanoi Digesa Henti Makan Daging Anjing

‘ Tolong Berhenti Makan Daging Anjing’, itu peringatan pihak berkuasa Hanoi yang segera menggesa penduduk di sana supaya tamatkan aktiviti tersebut. Daging anjing yang menjadi ‘kegemaran’ penduduk di sana dilaporkan menjejaskan imej bandar terbabit selain […]

Featured Tue, 7 May 2024
Trending Mon, 8 Feb 2021

Majlis Akad Nikah Dibenarkan Bermula Esok Dengan Syarat…

Follow SOP, walau tengah bahagia okay!

Featured Sat, 1 Mar 2025

Individu Wanita Dedah Pelakon Lelaki Enggan Bertanggungjawab, Siap Hulur Duit Minta Gugurkan Kandungan

Seorang pelakon lelaki didakwa enggan bertanggungjawab selepas menyebabkan seorang wanita hamil.

Featured Fri, 21 Jul 2023
error: Content is protected !!