Drama By: Aqilah Paharuzi July 13, 2022 @ 10:42pm

#WhazzupNetizen: Drama ‘Risik Pada Hati’ Trending, Video Siti Bertemu Lailatul Qadar Viral, & Inai Neelofa Banyak Pantang Larang?

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Drama ‘Risik Pada Hati’ Trending

Drama bersiri terbaharu, Risik Pada Hari arahan Pali Yahya yang dibintangi oleh Alif Satar (Adam), Ummi Nazeera (Hayda) dan Zara Zya (Aisyah) menjadi siulan penonton yang rata-rata daripada mereka mengalirkan air mata.

Baru 13 episode ditayangkan, namun sambutan drama ini dikatakan sangat hebat sehingga telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang berang melihat Hayfa seakan ‘tersakiti’, meskipun dia yang menyuruh suaminya (Adam) untuk berkahwin lain bersama Aisyah untuk mendapatkan zuriat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

Tinjauan di media sosial mendapati ramai dalam kalangan netizen yang setia menanti episode terbaru drama ini setiap hari. Ada juga dalam kalangan mereka yang dapat mengkaitkan kehidupan sebenar mereka seperti dalam drama berkenaan.

Untuk makluman, drama ini mengisahkan sepasang suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata setelah lima tahun mendirikan rumah tangga. Susulan itu, si isteri meminta suaminya berkahwin lain untuk mempunyai anak hasil daripada benihnya sendiri.

Jangan lupa saksikan drama Risik Pada Hati di Slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam!

2. Video Siti Bertemu Lailatul Qadar Viral

Baru-baru ini, penyanyi berkaliber tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi sebutan orang ramai apabila sebuah video tular di media sosial TikTok.

Video tersebut memaparkan Siti bersama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal dalam sebuah temubual ekslusif program hiburan.

Menerusi video itu, difahamkan Siti menjelaskan secara terperinci detik indah dalam kehidupannya yang dikatakan melihat sesuatu yang luar biasa di langit sewatu berada di tanah suci Makkah.

@dagulekuk

Siti kongsi pengalaman bertemu Lailatul Qadar di Mekah @toktitiktok #fypシ #masukberanda #sitinurhaliza #labbaikallah #ustazdondaniyal #ustazdon #lailatulqadar #mekah

♬ Do’aku – Haddad Alwi

Difahamkan, video itu diterbitkan beberapa tahun lepas namun dikongsikan semula oleh pengguna Facebook.

Mengulas lanjut, Siti berkata saat menjejakkan kaki di sana, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini berhajat untuk melihat Lailatul Qadar dan bertemu malaikat serta dikabulkan Yang Maha Esa.

Video tersebut telah meraih perhatian netizen yang meluahkan pelbagai reaksi setelah melihat luahan hati penyanyi itu.

Ramai dalam kalangan mereka yang seakan mempertikaikan mengenai amalan Siti sehingga diberi peluang sebegitu, mereka mendakwa mustahil untuk dapat melihat sedangkan aktiviti duniawi masih dilakukan.

   

 

Namun begitu, ada juga segelintir daripada mereka yang bersyukur dan terharu atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Siti kerana tidak semua individu diberi peluang sedemikian.

1. Inai Neelofa Didakwa Banyak Pantang Larang

Umum sedia maklum, selebriti Neelofa baru sahaja melancarkan produk inai keluarannya tersendiri yang dikenali sebagai Innai NunHa sehingga mendapat sambutan hangat.

Namun begitu, baru-baru ini nama Neelofa heboh di ruangan media sosial Twitter apabila ramai pengguna yang mendakwa produk inainya itu telah ‘menipu’ pembeli.

Ramai dalam kalangan netizen yang meluahkan rasa kecewa mereka dengan produk tersebut, malah ada juga yang bertindak mengkritik warna inai berkenaan tidak seperti yang digambarkan dan kelihatan ‘lebam’ seperti tersepit pintu.

Tidak habis disitu, segelintir daripada mereka turut mengakui inai Neelofa mempunyai banyak pantang larang dan sedikit rumit untuk dipakai, membuatkan hasilnya tidak secantik yang diharapkan.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen yang memohon pembeli lain untuk mengikut arahan yang betul dan tidak mereka cerita kerana bimbang menutup periuk nasi orang lain yang turut menjadi agent inai ini.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Sep 2022

‘Teringin’ Berkahwin Tapi Masih Solo, Sharifah Rose Idam Lelaki ‘Gentleman’ – “Kalau Boleh Bukan Artis Lah”

Rose dah share ciri-ciri lelaki idaman tu 😚 mana tau ada yang nak cuba nasib hehe

Trending Sun, 10 May 2020
Trending Wed, 9 May 2018

#PRU14 : Al-Fatihah, Meninggal Dunia Sewaktu Mengundi

Temu ajal sewaktu beratur untuk mengundi . Salam Takziah buat kami

Hiburan Thu, 23 Apr 2020
Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Siti Saleha Jawab Isu Anak?

Bagi pasangan yang diijabkabulkan pada 28 Julai 2017 ini, mereka tidak pernah merancang untuk mempunyai anak. Tetapi berharap sekiranya dikurniakan zuriat, mereka akan menerima dengan hati yang terbuka

Hiburan Thu, 25 Apr 2019

It’s A Girl, Tahniah Nabil Ahmad & Zira Ayub!

Alhamdulillah, tahniah Nabil & Zira!

Featured Tue, 4 Jul 2023