Categories: FeaturedGaya Hidup

Patung Barbie BTS bakal dilancarkan, wajah anggota yang mana satukah pilihan anda?

Kepada ARMY (nama fandom BTS) yang tidak sempat membeli tiket untuk menonton Burn The Stage: The Movie atau ke konsert BTS di Singapura, usah kecewa.

Anda boleh ‘memiliki’ anggota BTS kegemaran anda tidak lama lagi!

Syarikat pengeluar patung Barbie, Mattel bakal melancarkan patung #BTSDollsOfficial buat julung kalinya.

Memetik laporan Soompi.com, Mattel membuat pengumuman itu pada Pameran Mainan dan Permainan Hong Kong serta berkongsi berita berkenaan di laman Twitter rasmi Mattel.

Sebelum ini patung Jimim dan Jungkook pernah dihasilkan sebuah syarikat mainan di Korea. Foto: Pinterest

Kolaborasi antara Mattel dan juga Big Hit Entertainment bakal menyaksikan pelancaran pelbagai produk seperti anak patung, figurines, mainan dan permainan.

“Kolaborasi ini bakal dilancarkan pada musim panas tahun ini dan ia merupakan koleksi anak patung pertama yang akan dibuat mengikut kesamaan wajah anggota BTS ini.

“Pakaian patung tersebut akan dicipta berdasarkan pakaian yang dipakai oleh anggota BTS dalam muzik video Idol,” kata Mattel dalam satu kenyataan.

Pihak Mattel nampaknya begitu teruja dengan kolaborasi terbaru ini apabila sentiasa memberikan butiran lanjut mengenai kolaborasi mereka dengan BTS di laman Twitter rasmi mereka.

Anak patung #BTSDollsOfficial anggota mana yang paling anda nanti-nantikan?

Sumber: Astro Awani

Yanie Baharom