Featured By: Ad Ops May 2, 2020 @ 6:00pm

Peperangan COVID-19 masih belum berakhir

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) yang bakal bermula 4 Mei ini bukan satu keputusan tergesa-tergesa sebaliknya dilakukan secara berperingkat.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPB adalah kelonggaran bagi sebahagian sektor ekonomi untuk beroperasi, bukan menamatkan penguatkuasaan fasa empat PKP.

Katanya, PKP tetap dilaksanakan sehingga 12 Mei ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar arahan berkenaan.

Perintah Kawalan Pergerakan

Kredit gambar: Bernama

“PKPB akan dilaksanakan mengikut zon bermula dengan zon hijau dan syarikat yang ingin membuka perniagaan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Perlu saya ingatkan bahawa PKP masih terus dilaksanakan dan Akta 342 masih lagi berkuatkuasa. Tindakan masih boleh diambil kepada mereka yang ingkar kepada akta ini.

“Jika ada premis langgar SOP yang dikeluarkan, kita akan tutup premis mereka dan tidak akan membenarkan mereka berniaga lagi kerana melanggar arahan. Tiada kompromi atau tolak ansur,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Menteri Kanan Mengenai Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, hari ini.

perintah kawalan pergerakan bersyarat

Kredit gambar: Babab.net

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memutuskan bahawa Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei ini.

PKPB membenarkan hampir semua sektor ekonomi beroperasi semula, namun dengan penguatkuasaan SOP yang ketat.

Ismail Sabri berkata, biarpun PKPB dilaksanakan, peperangan melawan COVID-19 masih lagi belum berakhir dan berharap rakyat mempunyai disiplin untuk menjaga kesihatan serta keselamatan diri dan keluarga.

“Walapun ada kebebasan untuk keluar, tidak bermakna dengan sewenang-wenangnya kita boleh keluar. PKP banyak mengajar kita untuk lebih berdisiplin, justeru kita harus mendisiplinkan diri dengan mengamalkan budaya norma baharu iaitu penjarakan sosial, mencuci tangan dengan sabun atau cecair pembasmi kuman.

“Menjadi tanggungjawab kita (rakyat) sendiri untuk menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga, bukan terletak pada Kerajaan. Ingat, PKP tidak ditarik balik, cuma ada sedikit kelonggaran. Oleh itu saya berharap agar rakyat mematuhi setiap arahan sepanjang PKP ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 17 Dec 2018

Wave Rock Port Baru Buat Si Kaki Hiking!

Uniknya tentang Wave Rock ini, adalah bentuk jalurnya yang senget!

Featured Thu, 8 Sep 2022

Terpaling Juara: “Orang Hanya Nampak Sisi Negatif Ifa Raziah, Tapi…”

Tula netizen tahu kecam je, usaha orang mana nampak!! Semangat ya kak Ifa untuk konsert minggu ni

Featured Fri, 2 Feb 2018

High Heels Cantik, Tapi Undang Bahaya

High heels atau kasut tumit tinggi memang cantik digayakan, tetapi tahukah anda bahawa pemakaian item fesyen ini punya kesan negatif kepada tubuh badan.

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Sold Out Within 24 Hours!” – Ticket Konsert Lah Ahmad Bagai Pisang Goreng Panas

Tiket konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama, Petaling Jaya pada 28 Januari habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam. Berita gembira itu dikongsikan […]

Featured Wed, 2 Nov 2022
Eat Travel Thu, 25 Oct 2018

Jom Picnic Bersama Keluar Di Taman Metropolitan Kepong, Boleh Main Layang-Layang!

Permainan layang-layang, mengajar anda tentang angin dan stabiliti.

Featured Fri, 22 May 2020

‘Diracun’ setiap hari, macam mana anak nak pintar!

Jangan turutkan sangat kehendak si kecil

Featured Mon, 18 Oct 2021

8 Tahun Kahwin, Izzue Islam Pernah Stres Ditanya Soal Anak

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam mengakui pernah berasa tertekan dengan persoalan berkaitan cahaya mata setelah lebih lapan tahun berkahwin. Menerusi temu bual bersama program Wanita Hari Ini, Izzue muncul sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapatnya […]

error: Content is protected !!