Featured By: Shaidah Shafie March 9, 2020 @ 3:38pm

Cik Puan Sofie kesayangan rakyat Kelantan!

Sofie Louise Johansson atau Che Puan Sofie, isteri kepada Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Almarhumn Sultan Ismail Petra mungkin tidak begitu dikenali ramai, namun kelibatnya dalam majlis diraja menjadi perhatian.

Sentiasa tampil anggun dengan selendang dan persalinan yang sopan, suri hati kepada adinda Sultan Kelantan ini dilihat sebagai figura kebanggaan wanita Kelantan.

Mana tidaknya, Che Puan Sofie kerap dilihat mengenakan persalinan batik dan selendang warna sedondon menjadikan penampilannya tambah cantik dan manis.

Bukan setakat tampil dalam persalinan sopan, wanita yang tidak lokek dengan senyum itu juga rajin ke dapur dan banyak menyediakan hidangan dari negara asalnya, iaitu Sweden.

 

Dalam perkongsian di sosial media miliknya @ljo, Che Puan Sofie menyediakan hidangan popular Sweden dinamakan Smorgastarta.

Seperti mana wanita lain, selain menyediakan hidangan di dapur sendiri seperti menyediakan kek dan roti, Che Puan tidak terkecuali menjahit baju kurung.

Namun begitu, tahun lalu kekanda ipar kepada Tengku Amalin A’isyah Puteri itu membuat kejutan dengan membuat kerja amal menyediakan bun dan menjualnya di bazar Ramadan. Mungkinkah Ramadan tahun ini beliau akan menyediakan bun yang sama?

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

InshaAllah will finish this Baju Kurung soon #junjungkasih #rajaperempuankelantan for the sewing machine ????????????????

A post shared by Sofie Louise Johansson (@ljo_) on

Lebih mengujakan, Che Puan Sofie juga tidak kekok turun padang membersihkan kawasan pantai di Kelantan bersama suami tersayang dan melakukan aktiviti lasak seperti mendaki dan berbasikal.

Kecintaannya terhadap Negeri Cik Siti Wan Kembang juga jelas apabila wanita kelahiran Sweden itu belajar bahasa Melayu dan mengambil kursus berkaitan Islam di Universiti Malaysia Kelantan yang dikongsi dalam akaun Instagramnya.

Che Puan Sofie sentiasa dilihat mengiringi suami, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dalam kebanyakan acara rasmi. Sumber foto: Instagram @ljo

Che Puan Sofie dilahirkan pada 6 Jun 1986 di bandar Linkoping yang terletak di Utara Sweden dan dikatakan gemar melakukan kegiatan kemasyarakatan sejak usia remaja lagi.

Bertemu Tengku Mahkota Kelantan ketika menuntut di London dan diijabkabulkan di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 19 April 2019.
Untunglah rakyat Kelantan kerana memiliki ikon seperti Che Puan Sofie yang serba boleh ini.

Semoga pasangan sama cantik sama padan ini terus menjadi kebanggaan rakyat Kelantan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Sep 2023

Che Ta Mengamuk Anak Dikata S*ndal – “Aku 9 Bulan 10 Hari Mengandung Anak Aku! Jentik, Marah Pun Tak Pernah”

Allah! Tak baik gelar anak orang macam tu. Memang patut Che Ta hangin😡

Featured Thu, 19 Mar 2020

Ekstrak tumbuhan padang pasir, zaitun bantu kulit kekal sihat

Bahan daripada alam selamanya bermanfaat untuk kulit

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Fri, 29 May 2020

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Punca lonjakan jumlah kes harian positif COVID-19

Featured Wed, 2 Jun 2021

Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu. Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya […]

Featured Wed, 12 Apr 2023