Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 4, 2023 @ 1:45pm

Nabila Huda Buka Mulut Isu Beri Kenyataan ‘Berani Mati’ Terhadap Nad Zainal -“Buat Apa Nak Terhegeh-Hegeh”

“Memang saya tak tahu siapa, saya tak pernah dengar nama dia dalam hidup saya”.

Demikian respons pelakon versatile, Nabila Huda ketika ditanya berkenaan kenyataan ‘berani mati’ yang dikeluarkannya terhadap pelakon Nad Zainal menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah portal hiburan sebelum ini.

Ketika ditemu bual bersama program Melodi, Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil menegaskan, terdapat segelintir manusia hanya hadir untuk sementara waktu dan mereka yang tidak meninggalkan kesan dalam hidup adalah lebih baik untuk tidak dikenang.

“Memang saya tak tahu siapa? I have never heard about her name in my life, pelakon baru ke? Maybe? kan saya pernah kena Covid, ada lupa-lupa sikit.

“Ada some manusia dalam hidup memang kita tak kenal, jumpa just say hi! bye! Tapi macam tak berapa penting dalam hidup kita atau mungkin dia penting atau dia tidak meninggalkan kesan tak mudah untuk kita nak ingat dia, baik kita terus tak ingat lah!,” katanya.

Susah untuk putuskan hubungan kecuali ada benda yang menyakiti

Sementara itu, Abil menafikan tindakannya sebelum ini bukanlah mahu memberi kesedaran secara halus terhadap individu tertentu.

Malah, dia mengakui sukar untuknya memutukan hubungan persahabatan melainkan ada perkara yang menggores hati terjadi antara mereka.

“Benda yang tak important kita just move forward. Tak payah fikir benda-benda lain yang tidak mendatangkan faedah. 

“Kalau dah lupa? Lupa ingatan terus. Kita dah banyak sangat baca skrip dan bawa banyak watak kita pun sampai lupa.

“Bila saya tengok saya punya Instagram, kalau betul saya kenal dia saya macam ops! Dah kena blocked, takpelah okaylah, apa  reason nak kena blocked tu kan? 

“Kalau Abil sayang seseorang, saya akan truly sayang, setia sampai mati. Susah untuk putuskan hubungan kecuali ada benda yang menyakiti. 

“Cara terbaik adalah berjauhan sementara tapi kalau fikir sayang tu dia tetap juga akan kembali bersama. 

“Ada type of person, kita tak buat apa-apapun yang salah tapi kita ditinggalkan, contohnya macam tu pula. Tapi apa yang kita boleh buat adalah memaafkan dan mendoakan daripada jauh,” jelasnya.

We pray for Sakinah

 

Ketika ditanya berkenaan tindakan pelakon sensasi, Sharifah Sakinah memuat naik hantaran di Instagram miliknya dan menyifatkan Nad Zainal sebagai narsistik, Abil bagaimanapun menghormati tindakan rakannya itu.

Baginya, Sakinah mungkin mempunyai pendapat dan pandangan tersendiri mengenai isu kontroversi tersebut.

“Kinah mungkin dia ada pendapat, cara dia, perasaan dia yang dia sendiri tahu macam mana rasa dia during that time. 

“Bila saya tengok, kesian Kinah…Ayat-ayat caption tu memang tepat dan padat. We pray for her lah (For Kinah),” ujarnya.

Tawar hati

Dilihat tindakannya sebagai individu yang sudah tawar hati terhadap apa yang berlaku, Abil menjelaskan, tidak perlu terhegeh-hegeh dan tidak perlu ambil tahu mengenai individu tersebut melainkan terus move on.

Bahkan, dia juga bersyukur kerana masih dikelilingi oleh rakan-rakan baiknya yang kekal setia dari dahulu sehinggalah sekarang.

“Dalam istilah hidup saya tak ada istilah merajuk. Saya rasa tak pelru ambil tahu, tak perlu ada orang tu dalam hidup kita kalau orang tu sendiri tak perlukan kita.

“Buat apa kita nak terhegeh-hegeh. We just move on, tamatlah di situ.

“Saya ada true friends yang memang ada dari dulu sampai sekarang. Alhamdulillah bersyukur dengan kawan-kawan perempuan saya yang ada. All my true friends,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Artis Ternama Negara China Rakam Lagu Ciptaan Faizal Tahir

Satu pencapaian membanggakan buat karya tempatan apabila lagu X Missing You hasil ciptaan Faizal Tahir, Ja’a, Mage, Mike Chan, Tuju dan Yonnyboii diadaptasi dalam versi antarabangsa nyanyian penyanyi terkenal dari China dan Hong Kong iaitu […]

Featured Wed, 26 Mar 2025

“Bila Perniagaan Gunakan Ketuhanan Sebagai Tagline…” – Dakwa Jadi Mangsa Plagiat, Fiziwoo Tampil Dedah Bukti

Kata Fiziwoo, , tindakan plagiat yang dilakukan oleh pihak terbabit adalah sangat tidak profesional.

Featured Wed, 23 May 2018

Maya Karin Ajak Orang Ramai Tandatangani Petisyen Untuk Selamatkan Alam Sekitar Di Malaysia

Tujuan petisyen ini adalah agar kerajaan Malaysia tubuhkan kementerian khas untuk alam sekitar.

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

BTS is Going on a World Tour!

The boys will be visiting some different countries too this time.

Hiburan Sat, 23 Jun 2018

Dulu Depan Kamera, Sekarang Belakang Pula

Bakat baharu ini akan ditampilkan dalam pelbagai program yang bakal diterbitkan menerusi syarikat produksinya, Nabil Production.

Featured Wed, 8 Apr 2020
Featured Thu, 12 Jan 2023

Kerispatih & Sammy Simorangkir Bakal Cipta Memori Indah Pada 24 Februari Ini!

Tak sabarnya! Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi laaaagi~

error: Content is protected !!