Categories: FeaturedOh Lawa

Rahsia hilangkan bintik putih dengan berkesan menggunakan produk bawah RM6!

Penggunaan produk Vaseline untuk kecantikan semakin popular dan digemari wanita kerana ia mempunyai banyak manfaat yang bagus untuk kulit.

Dengan harga di bawah RM6.00 untuk Vaseline bersaiz 50g, produk berasaskan jeli petroleum itu mampu memberi kelembapan pada kulit, mengurangkan garis halus, merawat bibir merekah, menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata dan banyak lagi.

Kredit gambar: iherb.com

Seorang ahli dermatologi di Korea, Dr Judy Joo berkata, Vaseline juga boleh membantu menghilangkan bintik putih pada hidung dengan mudah dan selamat.

Menerusi video perkongsian di saluran YouTube miliknya, Judy turut berkongsi cara-cara untuk menghilangkan bintik putih menggunakan produk berkenaan. Jom semak langkah berikut:

Kredit gambar: YouTube Dr Judy

  • Sapu rata Vaseline pada keseluruhan hidung.
  • Kemudian, tutup hidung dengan plastik pembalut.

Kredit gambar: Anthropocene Magazine

Kredit gambar: YouTube Dr Judy

  • Setelah itu, letakkan tuala panas di atas plastik pembalut dan biarkan selama satu minit.
  • Tanggalkan tuala dan plastik pembalut. Kemudian bersihkan hidung dengan menggunakan putik kapas, tisu atau kain. Anda boleh lihat banyak bintik putih dan kotoran yang ditanggalkan.
  • Akhir sekali, cuci muka menggunakan air sejuk dan lap kering.

Anda boleh lakukan cara itu sebanyak dua kali seminggu. Bagaimanapun, penggunaan Vaseline tidak sesuai untuk menanggalkan bintik hitam yang terdapat di bawah permukaan hidung.

Bagi menanggalkan bintik hitam, anda boleh klik dan baca artikel bertajuk Nyahkan bintik hitam pada hidung, ini cara yang betul.

Semoga bermanfaat!

Ad Ops