Categories: Eat TravelFeatured

Tak Perlu Beli, Buat Sendiri Caramel Popcorn Di Rumah. Semudah A, B, C!

Selalunya, kalau teringin nak makan popcorn, mesti kita akan beli saja di shopping mall kan? Ataupun, bila pergi pawagam, barulah berkesempatan nak makan popcorn yang sedap-sedap.

Bila sekali makan, memang tak boleh stop kan? Punyalah sedap! Sebenarnya, taklah susah sangat nak buat popcorn ini. Bahan-bahannya juga simple saja. Cuma anda perlu tahu teknik yang betul saja untuk menghasilkan popcorn yang sedap dan tak mudah ‘lemau’. 

Apa kata anda ikut saja resepi yang penulis kongsikan ini, memang mudah dan sedap!

Bahan-bahan

70 gram biji jagung

3 hingga 4 sudu minyak

1 sudu besar mentega

1/4 sudu kecil garam

Bahan-bahan untuk buat caramel

100 gram gula

50 ml air

1 sudu besar mentega

Cara-caranya

1. Panaskan minyak dan mentega di dalam pan. Gunakan api sederhana. 

2. Apabila minyak dan mentega sudah sebati, masukkan biji jagung. Pastikan semua biji jagung kena pada minyak. Tutup dan tunggu sehingga biji jagung meletup dan kembang.

3. Apabila semua biji jagung sudah kembang, angkat dan letakkan di dalam bekas. Taburkan garam dan kacau sehingga sebati. Ketepikan.

4. Untuk membuat caramel pula, masukkan gula dan air dalam pan. Biarkan ia mendidih dan tunggu sehingga gula bertukar warna keperangan.

5. Apabila gula sudah bertukar warna perang, tutup api dan terus masukkan mentega. Masa ini, gula akan berbuih-buih. Anda perlu kacau sehingga buih itu hilang.

6. Seterusnya, tuangkan caramel sedikit demi sedikit atas popcorn dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan!

Sambil tengok televisyen, sambil makan popcorn caramel ini, memang syok!

Nak tahu lebih terperinci tentang resepi ini, anda boleh tonton video ini:

Sumber: Buat Orang Lapo 

tex_admin