Categories: FeaturedGaya Hidup

Tak Perlu Masak Air Lagi, Air Paip Seluruh Malaysia Selamat Untuk Terus Diminum!

Air merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kalau sehari tak minum air, memang tak bertenaga rasanya!

Selalunya, air paip yang hendak diminum akan dimasak terlebih dahulu, barulah kita rasa selamat untuk diminum. Tapi, baru-baru ini Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jeyakumar mengeluarkan kenyataan bahawa air paip di negara kita selamat untuk diminum terus! Tak perlu masak air untuk minum lagi.

Beliau berkata, jika air itu mempunyai masalah maka ia berpunca daripada pihak tempatan dan bukan loji rawatan air. 

“Memang air yang keluar dari air paip boleh diminum di seluruh Malaysia. Tiada masalah.

“Air yang keluar dari loji seluruh Malaysia 100% boleh diminum,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau juga menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang bertanya sama ada air yang keluar daripada paip selamat diminum terus atau tidak?

Xavier berkata, beliau juga minum terus dari paip.

“Memang saya minum terus air dari paip,” katanya.

So, anda yakin atau tak untuk minum terus? 

Sumber: Freemalaysiatoday

tex_admin