Categories: FeaturedGaya Hidup

Tanpa sebutir tanah, hanya guna raga dan besen pokok kesum membesar bagai johan!

Teringin nak masak laksa tapi daun kesum pula tak ada. Stok daun kesum memang agak sukar didapati di kedai-kedai runcit biasa, melainkan kedai Acheh.

Itupun tidak semua tempat ada kedai Acheh. Pernah juga buat tempahan atas talian, tapi laku keras betul tumbuhan herba ini.

Hendak keluar ke pasar atau pasar raya besar, maklumkan dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini, sebelum dapat surat layang daripada pihak polis dan terpaksa bermalam di lokap, lebih baik duduk di rumah saja.

Foto: Wom

Oleh itu, apa kata bila dah dapat beli daun kesum nanti, simpan sedikit untuk dituai sebagai tanaman di rumah.

Cara tanaman ini amat sesuai dengan keadaan rumah pangsapuri yang ada ruang balkoni sekangkang kera. Kalau rumah teres lagilah meriah!

Apa yang mengujakan, bercucuk tanam cara pengguna Facebook menggunakan nama Mikka Medinna ini, tidak memerlukan sebutir tanah pun. Sebaliknya hanya menggunakan raga dan besen di rumah anda.

Jom ikuti tip dan cara mudah menanam pokok kesum. Lepas ini hari-hari boleh masak laksa atau asam pedas!

Cara tanam pokok kesum tanpa menggunakan tanah

1. Petik daun kesum, masukkan di celah lubang penapis. Anda boleh menggunakan daun kesum yang dibeli di pasar.

Foto: Mikka Medinna

2. Letak raga di atas besen yang berisikan air.

Foto: Mikka Medina

3. Pastikan had air terkawal dengan menebuk lubang pada sisi besen.

Foto: Mikka Medinna

4. Siram dengan air basuhan beras yang boleh dianggap sebagai baja.

Foto: Mikka Medinna

Selepas dua minggu, anda pasti terkejut kerana magis sedang berlaku apabila pokok kesum tumbuh dengan subur dan rimbun.

Selamat bercucuk tanam!

Yanie Baharom