Categories: FilemTrending

Lebih Gila-Gila & Lebih Aksi! ‘Adnan Sempit: Generasi Gig’ Filem Komedi ‘Legend’ Diberi Nafas Baharu

Yang ditunggu-tunggu telah tiba! Lebih gila-gila, lebih gempak dan lebih aksi!

‘Adnan Sempit: Generasi Gig’ merupakan sebuah karya penerbit terkenal Malaysia, David Teo yang bakal memukau penonton dengan sentuhan Generasi Z.

Berbeza dengan filem ‘Adnan Sempit’ yang lain, filem kali ini memaparkan sudut yang lebih sesuai dengan remaja-remaja zaman kini.

“Bukan mat rempit seperti biasa”, naskhah ini bakal mencuit hati dalam masa sama mempunyai mesej yang ingin disampaikan kepada para penonton.

Penonton bakal mengikuti kisah hidup Adnan, seorang ‘runner’ yang perlu bertahan dengan mencuba berbagai-bagai kerja sampingan demi minatnya dalam bidang permotoran.

Dalam usahanya itu, bos baharu Adnan iaitu Nadia juga telah jatuh hati dengannya. Dengan pelbagai cabaran yang datang, bagaimanakah Adnan dapat menempuhnya?

Khas buat para peminat Aiman Tino, beliau kembali menceriakan pentas hiburan dengan lakonannya sebagai watak utama, Adnan.

Filem ini juga mempertaruhkan gandingan mantap pelakon lain seperti Mamak Puteh, Pekin Ibrahim, Afifah Nasir dan ramai lagi. Selain itu, filem ini turut menampilkan wajah baharu seperti Erynn Abdullah dan Ady Mohammad.

Jangan lepaskan peluang ini! Langgan Tonton hari ini serendah RM 9.90 dan saksikan sendiri keunikan ‘Adnan Sempit: Generasi Gig’. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di laman-laman media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton dan #AdnanSempitGenerasiGig. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok, dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

Atiqah Johari