Categories: Trending

Gara-Gara Mahu Mengambil Baju Di Balkoni, Penuntut Universiti Terjatuh Dari Tingkat 34

Seorang penuntut universiti lelaki berusia 18 tahun menemui ajal gara-gara terjatuh dari tingkat 34 kondominium ketika mahu mengambil pakaiannya di balkoni.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru semalam.

Menurut laporan Harian Metro, mayat remaja itu ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan bahawa mangsa tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri di atas meja di balkoni.

ā€œHasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

ā€œDia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,ā€ katanya.

Tambahnya lagi, mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie