Trending By: Syamir Shafie December 27, 2023 @ 3:12pm

Gara-Gara Mahu Mengambil Baju Di Balkoni, Penuntut Universiti Terjatuh Dari Tingkat 34

Seorang penuntut universiti lelaki berusia 18 tahun menemui ajal gara-gara terjatuh dari tingkat 34 kondominium ketika mahu mengambil pakaiannya di balkoni.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru semalam.

Menurut laporan Harian Metro, mayat remaja itu ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan bahawa mangsa tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri di atas meja di balkoni.

“Hasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

“Dia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,” katanya.

Tambahnya lagi, mayat mangsa dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Sumber : Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Thu, 23 Feb 2023
Featured Mon, 19 Sep 2022

Menguji Kekentalan Jiwa, Generasi Z Kembali Dengan Musim Kedua!

Dengar cerita macam lagi mencabar je musim kedua ni! Wajib tengok 🤩

Featured Sat, 15 May 2021

Ralit, Lagu Tema Filem J Retribusi 2 Mula Dilancarkan Hari Ini

Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios, Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT […]

Selebriti Sun, 17 Apr 2022

Suki Low Kembali Dengan Single Terbaharu, Nelangsa

Lagu OST filem pertama buat Suki Low

Featured Thu, 25 Feb 2021

Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah & Negeri Bagi…

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran […]

Hiburan Fri, 29 Sep 2023
Trending Mon, 29 Oct 2018

Breast Prostheses Exists and are Important To Have

Let’s learn more about our breasts in Pink October.