Cahaya Mata By: Maya Basir February 23, 2023 @ 2:13pm

Kandungan Baru Berusia 5 Bulan Setengah, Anak Pertama Raja Nazrin Shah (Vokalis SOG) Terpaksa Digugurkan Gara-Gara…

Isteri kepada vokalis kumpulan Sekumpulan Orang Gila, Raja Nazrin Shah iaitu Resya Rahman berkongsi berita duka apabila bayi yang dikandungnya selama lima bulan setengah terpaksa digugurkan.

Menerusi ciapannya di Twitter, bayinya itu menderita komplikasi yang tak dapat dielakkan dan disahkan oleh doktor bahawa anak mereka tidak dapat bertahan hidup.

“Daripada gembira kepada duka, daripada tangisan gembira kepada tangisan kesakitan, dari hari pertama ke hari terakhir. Kami sangat beruntung diberi rasa bahagia apabila dapat melihat jari-jari kecil dalam gambar ‘ultrasound’.

“Kami berdoa siang dan malam memohon kepada Allah untuk menjadikan kami manusia yang lebih baik supaya kami boleh jadi ibu bapa yang baik buat anak pertama kami. Tanpa kami ketahui, Allah ada perancangan lain untuk kami,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka bahawa pemeriksaan biasa bertukar kepada berita sedih.

Malah, mereka telah merujuk kepada beberapa doktor yang lain untuk mengesahkan berita tersebut.

“Pada dua minggu lalu, kami diuji dengan ujian yang sangat berat. Kami pergi membuat pemeriksaan biasa dan hendak meraikan jantina anak kami, sebaliknya kami diberitahu bayi kami menderita komplikasi yang tidak dapat dielakkan.

“Selepas melalui beberapa doktor dengan harapan berita itu tidak benar, malangnya, mereka semua mengesahkan bayi kami tidak dapat bertahan hidup,” jelasnya.

Namun, mereka bersyukur tetap diberi peluang untuk menjadi ibu bapa dan redha dengan ketentuan Allah ini.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan kesakitan yang kami rasakan dan lalui. Kekuatan antara kami berdua yang membuatkan kami bertahan.

“Bayi kami adalah yang terpilih dan kami bersyukur dapat mengandungkan anak syurga selama lima bulan setengah. Kami redha dan percaya perancangan Allah adalah yang terbaik.

“Hari ini adalah hari dimana kami terakhir kali melihat bayi kami dan mengucapkan selamat tinggal. Disebalik kesedihan ini, kami tetap bersyukur diberi peluang menjadi ibu bapa kepada bayi lelaki kami, Raja Emir Khalid, walaupun dia baru berusia lima bulan setengah dalam rahim Mommy,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jan 2022

Air Mata Nia Ramadhani Berlinangan Apabila Dijatuhi Hukuman Penjara

Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Ramadhania Ardiansyah Bakrie bersama suami, Ardie Bakrie dan pemandu mereka Zen Vivanto  dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas penyalahgunaan dadah. Menurut laporan media tempatan, pelakon drama Bawang

Trending Tue, 23 Jun 2020
Featured Fri, 4 Nov 2022
Trending Wed, 30 Jun 2021

Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah Diana 2021

Perghhh… Tahniah diucapkan!

Hiburan Sun, 18 Sep 2022
Replicated Draft Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Mari Bantu Rakyat Untuk Maju Ke Hadapan, Jangan Buat Tak Nampak Mereka Yang Tercicir”

Datuk Munirah Abdul Hamid, Pengasas PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) menggesa kita semua untuk bertindak dengan bijak dengan membantu rakyat yang tercicir untuk maju ke hadapan bersama-sama. OHBULAN! duduk bersama Datuk Munirah, berbincang tentang

Trending Sun, 10 Apr 2022
Hiburan Mon, 27 Jan 2020
familuv Mon, 10 Jun 2019

Menang gelaran menantu paling ‘ohsem’, ini caranya pikat hati mentua!

Oh! rupanya tak susah pun nak jaga hati mentua kita.

| Live TV