Featured By: Ad Ops May 6, 2019 @ 10:00am

Inilah perbezaan di antara Krim BB dengan Krim CC. Jangan tersalah pakai!

Tidak dinafikan produk seperti bedak asas (foundation) dapat memberikan efek kulit seakan tampak halus dan licin selepas mengenakan bedak berkenaan.

Malangnya produk ini juga akan rasa tebal dan berat setelah disapukan pada kulit. Pernahkah anda alami perkara ini ketika bersolek?

Jika anda tidak tahan dengan rasa melekit disebabkan pemakaian bedak asas, apa kata anda cuba pakai Krim BB atau Krim CC pula?

Mereka sudah lama ada di pasaran Malaysia, tetapi tahukah anda apa perbezaan di antara produk ini dengan bedak asas?

Tidak seperti bedak asas, krim BB dan CC sebenarnya ialah gabungan solekan dan krim pelembap. Kedua-duanya mempunyai pigmen yang mencukupi untuk meratakan tona kulit, tetapi pada masa yang sama ia juga cukup nipis dan jarang untuk memberikan rasa liputan yang semula jadi.

Sebenarnya semua krim ini sudah tercipta sejak 50 tahun lalu, tetapi dalam lingkungan lima tahun lepas baharulah ia menjadi popular dalam kalangan wanita di seluruh dunia.

Foto: Fashion Glim

Krim BB

Nama berkenaan ialah singkatan bagi ‘blemish balm’ atau ‘beauty balm.’ Ia adalah gabungan serum, pelembap, primer, SPF dan bedak asas – semua dalam satu!

Ia mampu menyegarkan, mencerahkan, menghidrat, menghaluskan serta meratakan tona kulit bagi mendapatkan rupa yang sempurna dan bebas cela.

Untuk hasil terbaik, gunakan Krim BB yang mengandungi glycerin, Niacinimide dan sekurang-kurangnya SPF 15.

Glycerin membantu menghidratkan kulit dengan menyerap kelembapan daripada udara, Niacinimide menanggalkan sel kulit mati untuk rupa paras yang rata, manakala SPF melindungi kulit daripada sinaran matahari yang kasar.

Krim BB diminati ramai kerana kemudahannya, liputan yang tampak semula jadi serta faedahnya terhadap kesihatan kulit.

CC Cream

CC pula ialah singkatan bagi colour corrector atau complexion corrector. Krim ini mengandungi kesemua manfaat BB Cream, tetapi yang menariknya, ia juga mengandungi ramuan berciri antipenuaan.

Apa-apa pun, fungsi utamanya ialah untuk menutupi rupa kemerahan, jerawat dan hiperpigmentasi pada kulit dengan efektif. Ramuan seperti vitamin C mampu mencerahkan tompok gelap dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan.

Cari produk CC Cream yang mengandungi Niacinimide yang menghilangkan kedutan dan vitamin B dan E yang menguatkan ketahanan semula jadi kulit terhadap kehilangan kelembapan.

Cara penggunaan

Senang sahaja! Sapu dan pedap dengan menggunakan hujung jari atau span solekan untuk mendapatkan liputan yang tampak semula jadi.

Anda boleh memakainya sebagai pelembap setiap hari ataupun sapukannya sebelum memakai bedak asas kegemaran anda.

Sumber: Olay, Makeup.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Apr 2023
Featured Thu, 17 Mar 2022

Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Disaran Ambil Dos Penggalak – KJ

Suntikan booster perlu untuk mengurangkan simptom dan jangkitan Covid-19

Featured Sat, 9 Apr 2022

#JusticeForBella: Petisyen Desak Menteri Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Terus trending di twitter #JusticeForBella

Featured Wed, 10 Nov 2021

Ajar Anak Hargai Pengutip Sampah, Tindakan Keluarga Ini Mendapat Pujian Ramai

Satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan pasangan suami isteri mengajar seorang anaknya untuk berbuat baik dengan pekerja pengutip sampah. Video yang berdurasi 30 saat itu mempamerkan seorang kanak-kanak yang […]

Featured Fri, 4 Nov 2022
Featured Fri, 20 Aug 2021

“Banyak Sektor Buka Bukan Kerana Selamat Tetapi Sebab Ekonomi” -DG Hisham

Umum maklum, bermula hari ini orang ramai yang berada di negeri atau daerah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 kini dibenarkan untuk makan di restoran sekiranya telah lengkap divaksinasi. Walaubagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri […]