Featured By: Attiqah Mohd February 25, 2021 @ 8:12pm

Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Daerah & Negeri Bagi…

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Menurut beliau , mereka hanya perlu menunjukkan surat daripada pihak sekolah ketika melalui sekatan jalan raya.

“Pihak guru (sekolah) boleh mengeluarkan surat kebenaran untuk merentas daerah kerana hendak masuk asrama tersebut.

“Perkara ini telah dibincangkan dengan pihak PDRM dan saya baharu bercakap dengan pegawai tertinggi PDRM bahawa perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah di seluruh negara,” katanya semasa sidang media pada Khamis.

Sesi persekolahan bagi Tahun Satu dan Tahun Dua bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam (8 Mac) sebelum diikuti sekolah menengah pada April

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Jul 2020
Featured Thu, 13 Feb 2020
Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Darah Tak Berhenti Keluar, Susah Nak Tidur” – Gangguan Misteri Jadi Punca Mawi Pernah ‘Hilang’

Penyanyi dan pengarah, Mawi mendedahkan dia pernah berhadapan dengan penyakit misteri sehingga membuatkan dirinya ‘hilang’ sebentar dari dunia seni. Mengenang kembali kejadian yang berlaku sekitar tahun 2015, Mawi menceritakan yang insiden itu bermula dengan darah

Featured Wed, 7 Nov 2018

Patutlah Kulit Duchess Of Cambridge Berseri-Seri, Rahsianya Nutella Dijadikan Mask Muka!

Jurusolek peribadi dedah rahsia penjagaan kulit Kate Middleton.

Trending Fri, 25 Jun 2021

5 Inisiatif Tambahan Disediakan Bantu Golongan Terjejas

Kerajaan dalam usaha untuk bantu golongan terjejas…

Featured Wed, 12 Jan 2022

Cucu Menangis Enggan Berpisah Dengan Datuk Setelah Dua Tahun Terpisah Akibat PKP

Ketika negara kita dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga yang terpisah dan hanya dapat bersatu semula selepas kebenaran rentas negeri dilonggarkan. Tidak ketinggalan, keluarga ini juga terpisah dengan datuk dan nenek di kampung selama

| Live TV