Trending By: Attiqah Mohd February 19, 2020 @ 1:13pm

“Seperti Separuh Dirinya Mati” – Netizen Sayu Lihat Reaksi BCL Dan Noah Saat Pemakaman Ashraf Sinclair

Jenazah pelakon Ashraf Sinclair yang meninggal dunia semalam telah selamat dikebumikan di San Diego hill, Karawang, Jawa. Ashraf Sinclair disahkan meninggal akibat serangan jantung pada pagi semalam.  Berita kematiannya mendapat liputan meluas  dari media Indonesia yang berkampung di kawasan pemakaman Ashraf Sinclair dan setiap saat pemakamannya dirakam.

Ramai netizen yang tidak dapat menahan sebak melihat detik ketika Bunga Citra Lestari dan anaknya mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada jenazah Ashraf. 

“Bertabah ya mama”- Noah Sinclair 

Menerusi laman media, pelakon Indonesia, Titi Kamal yang juga kenalan rapat pasangan Bunga Citra Lestari dan Ashraf Sinclair sempat memberitahu bahawa beliau berasa terkedu melihat kematangan anak pasangan itu saat beliau terdengar Noah berbisik kepada ibunya untuk bertabah di atas kematian bapanya.

Ketika ditanya media Indonesia, Bunga sempat memberitahu bahawa beliau terkilan kerana semuanya berlaku dengan begitu cepat. Rata-rata netizen turut membanjiri laman Twitter dan meluahkan perasaan sedih apabila melihat detik sayu pengebumian Ashraf Sinclair. 

Be strong Bunga and Noah. May Allah ease everything and bless him in Husnul Khotimah.

Al-Fatihah, Ashraf Sinclair (1979-2020) pic.twitter.com/PFW5uSVg4l

— Mer_Maid (@EijaAbadi) February 19, 2020

Tidak ada sesiapa pun dapat membayangkan perasaan berada di tempat mereka. Semoga Bunga Citra Lestari dan keluarga tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Sep 2024

Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Seakan reda, rumah tangga yang dibina selama 7 tahun berakhir dengan perpisahan 💔

Hiburan Tue, 9 Dec 2025

Zizie Izette Masih Berkabung, Akui Rindu Arwah Suami Tidak Pernah Surut

Zizie berkata setiap air mata dan kerinduan yang datang bukan sesuatu yang cuba disembunyikan

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Sun, 28 Jan 2024
Hiburan Sun, 7 Sep 2025
Featured Mon, 27 Sep 2021

Pendakwah Terkenal Zakir Naik Cari Calon Menantu

Pendakwah terkenal, Zakir Naik mengumumkan beliau ingin mencari seorang calon isteri untuk anak lelakinya, Fariq Naik. Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Zakir memuat naik sebuah poster yang turut menyenaraikan ciri-ciri calon wanita yang bakal […]

error: Content is protected !!