Featured By: Attiqah Mohd May 15, 2021 @ 8:34pm

Ralit, Lagu Tema Filem J Retribusi 2 Mula Dilancarkan Hari Ini

Bersempena dengan dengan pelancaran eksklusif filem J2: J Retribusi di Disney+ Hotstar mulai 1 Jun 2021, Monkey Bone dengan kerjasama Primeworks Studios,
Infinitus Productions, TGV Pictures dan Sunstrong Entertainment, melancarkan lagu tema filem ini, RALIT oleh Tuju dan menampilkan Malik Abdullah di pelantar digital hari ini.

“Alhamdulillah, kami sangat berbesar hati di atas peluang dan kerjasama dari pihak produksi dan pemasaran filem ini. RALIT diilhamkan dari penceritaan J2: J Retribusi di mana seorang hero yang berada dalam keadaan yang genting dalam masa yang semakin suntuk untuk menyelamatkan orang yang disayanginya. Saya berharap penonton dan peminat muzik dapat menghayati setiap bait lirik lagu ini bersama penceritaan di sebalik filem yang hebat ini. Terima kasih,” kata Tuju.

“Ianya sebuah kerjasama yang sangat mudah apabila kami sebulat suara dapat menyatukan mereka dalam sebuah lagu di mana sebelum ini kami pernah bekerjasama bersama Malik Abdullah untuk runut bunyi Ejen Ali The Movie untuk lagu Kita Jaga Kita dan kami sentiasa menghargai perjalanan muzik

Tuju dan K-Clique. Oleh itu besarlah harapan kami kepada peminat dan penonton akan menikmati trek yang hebat ini”, kata Puan Liz Chong, Ketua, Pengedaran dan Pemasaran Filem.

Video lirik rasmi RALIT akan dilancarkan di YouTube Monkey Bone (youtube.com/MonkeyBoneRecords) tepat jam 3 petang ini.J2: J Retribusi, sebuah filem sekuel blockbuster yang dinanti-nantikan selepas J Revolusi, akan dilancarkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada 1 Jun 2021.

Muat turun aplikasi Disney+ Hotstar di peranti Android dan iOS mulai 1 Jun 2021 dan langgani dengan RM54.90 untuk 3 bulan. Untuk info lanjut, sila layari DisneyPlusHotstar.my.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Fri, 17 Aug 2018
Trending Mon, 9 Dec 2019

CEO Finas Diberi Tekanan Untuk Berhenti?

Ahmad Idham tamatkan kontral awal kerana ditekan.

Featured Sun, 24 May 2020

Rakyat diminta terus patuhi SOP untuk hentikan rantaian COVID-19

Sambut Aidilfitri seperti biasa, namun patuhi peraturan

Trending Tue, 9 Jan 2018

MEME COME TRUE: MAN BURNS HOUSE DOWN WHILE TRYING TO KILL SPIDER

We all know the meme about burning the house down if there’s a spider in it. But who would have thought that it would happen for real?!

Trending Sat, 31 Aug 2019

Cekik Pekerja Stesen Minyak, Zynakal Kena Denda RM2,800

Mungkin kena tukar nama kot supaya tak ‘nakal’ lagi

Featured Fri, 13 Aug 2021

Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diperluas bermula pertengahan September nanti melibatkan golongan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun. Berita itu dimaklumkan beliau menerusi laman rasmi Twitter setelah […]