Selebriti By: Fatin Nurain April 17, 2022 @ 2:28pm

Suki Low Kembali Dengan Single Terbaharu, Nelangsa

Penyanyi Suki Low Sook Yee, atau lebih dikenali dengan nama Suki Low kembali dengan single terbaharunya yang berjudul Nelangsa.

Lagu unik ini merupakan hasil ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Senna.

Lagu ini merupakan OST kepada sebuah filem aksi terbaharu iaitu ‘The Assistant’, dibintangi oleh pelakon popular iaitu Hairul Azreen dan Iedil Dzuhri yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2022.

Menurut Suki, dia sangat bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyanyikan lagu ini kerana telah lama tidak keluarkan lagu baru.

“Suki sangat bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyanyikan lagu ini kerana ianya adalah lagu single pertama yang Suki rakam setelah lama tidak keluarkan lagu baru dan ini juga merupakan kali pertama Suki nyanyi untuk sebuah OST filem.

“Filem ini pula hebat jalan ceritanya. Ketika diberikan lagu dan liriknya, Suki dengar dan Suki terus suka melodinya serta lirik dan perkataan yang digunakan itu membuatkan Suki jatuh cinta dengan keseluruhan lagu ini yang bersesuaian dengan filemnya,” kata Suki.

Selain itu, Suki turut menjelaskan bahawa lagu ini memberi pendekatan vokal yang berbeza berbanding lagu-lagunya sebelum ini biarpun agak mencabar dari segi emosi.

“Nelangsa merupakan sebuah lagu yg mencabar sebab berat dari segi emosi. Dari segi vokal, Suki mengguna pendekatan yang berbeza berbanding dengan lagu-lagu yang pernah Suki rakamkan sebelum ini,” jelasnya.

Menurut penulis liriknya pula, Nelangsa merupakan bahasa lama dari seberang yang membawakan maksud sedih. Senna sengaja memilih nama tersebut kerana ia unik dan sedap didengar. Malah, sesuai dengan konsep keseluruhan lirik dan mesej yang cuba disampaikan iaitu kesedihan dan kesengsaraan.

Suki menyifatkan dirinya sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Farouk Roman, serta sangat teruja untuk kongsikan lagu ini dengan peminat.

“Suki berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan penerbit dan juga komposer terkenal dan berpengalaman seperti Farouk Roman dan kita mempunyai visi yang sama untuk mempersembahkan lagu ini.

“Saya sangat teruja untuk kongsikan lagu ini dengan peminat yang selalu memberi sokongan kepada Suki dan berharap mereka akan suka lagu Nelangsa ini,” katanya.

Single Nelangsa nyanyian Suki Low, edaran Alternate Records kini boleh di didengari di semua saluran digital bermula 15 April 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 12 Jan 2022
Trending Wed, 19 Sep 2018

Jimat RM 200, DIY ‘Repair’ Mesin Basuh Dengan Mudah. Sejam Dah Siap!

Tidak perlu lagi keluar duit untuk membaiki mesin basuh anda.

Trending Tue, 6 Mar 2018

Bacaan Ayat Suci Al-Quran Seorang Qari Kelantan Ini Cetus Fenomena Sensasi Hingga Ke Negara Arab Saudi

Pemuda yang bernama Mohamad Yusuf ini telah berjaya menawan hati masyarakat di negara Arab dengan kelebihan dan kemahiran beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan baik.

Hiburan Mon, 19 Sep 2022
Hiburan Mon, 13 Aug 2018

‘Kilang Untuk Ketawa’ Dah Ada Di Malaysia?

Pengasasnya, Harith Iskander mahu premis ini berkembang sebagai hab pendidikan yang menawarkan bimbingan dalam pengucapan khalayak dan korporat selain membina keyakinan diri anak kecil.

Trending Mon, 25 Jun 2018

Pergi Tak Kembali, Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Meninggal Dunia

Menurut anaknya, Hajah Rahmah sudah lama tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan kuih keria ekoran masalah kesihatan, namun masih memantaunya. 

error: Content is protected !!