Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 13, 2023 @ 7:19pm

Didie Shazry Tampil Dengan Single Kedua Joget Jiwa Lara!

Penyanyi Didie Shazry muncul dengan single kedua daripada Joget Made In Malaysia berjudul Joget Jiwa Lara hasil ciptaan sepenuhnya oleh Hazim Yunan dan Amrul Amran manakala liriknya pula tulisan penulis lirik Azam Dungun.

Lagu Joget Jiwa Lara ini adalah hasil penerbitan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), daripada Fakulti Muzik Seni Persembahan daripada nyanyian, penggubahan serta pemuziknya yang dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, Oktober lalu.

Didie merupakan graduan Diploma Muzik manakala Hazim dan Amrul adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Azam Dungun pula adalah pensyarah mereka.

Menurut Penerbit Eksekutif album, Keon Omar: “Empat institut pengajian tinggi awam telah dipilih untuk bekerjasama dengan Luncai Emas dalam penerbitan album Joget: Made In Malaysia. UPSI adalah antaranya.

“Album terbitan Luncai Emas melalui Dana Kandungan Digital Muzik dari K-Komm ini mengangkat Irama joget ke dalam karya terbaru generasi muda, Kerjasama dengan pihak Universiti adalah memandangkan pelajar-pelajar bakal menjadi pelapis masa hadapan,” katanya.

Justeru, untuk mengisi objektif album ini, lagu Joget Jiwa Lara adalah sebuah komposisi fusion mengekalkan irama traditional joget.

“Lagu ini memberi nafas baharu kepada komposisi joget di mana unsur-unsur jazz dan fusion digabungkan dalam satu gubahan yang menarik sambil mengekalkan irama tradisional joget,” kata Dr. Raja Iskandar, professor daripada Universiti Malaysia Kelantan yang juga merupakan penasihat seni warisan bagi projek album ini.

“Pada asasnya rentak joget dijadikan sumber utama manakala elemen fusion diselit dalam gubahan muzik yang diadaptasikan dari pengaruh muzik moden seperti muzik dari album Datuk M.Nasir, Mezzoforte, Casiopea dan sebagainya agar muzik lagu ini lebih segar dan terarah kepada selera pendengar masa kini,” tambah Prof. Azam Dungun.

Didie yang berasal dari Sabah mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak umur 11 tahun dan menyanyi sambil bermain bass untuk band sendiri iaitu Akar Rimba.

Bandnya sering menerima jemputan di seluruh Sabah dan Semenanjung.

“Di Universiti, Prof Azam Dungun juga sering memberi saya peluang untuk menyanyikan lagu-lagu ciptaan beliau,” ujar Didie.

Lagu Joget Jiwa Lara berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan dan boleh didengari di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dan video muziknya juga boleh dilihat di saluran Youtube Luncai Emas.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Hari Ini Sun, 7 Jun 2020
Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Lufya Siap Sedia Buat ‘Come Back’

Maklum saja sudah dua tahun saya tidak berlakon dalam mana-mana drama kerana banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak.

Events Wed, 14 Dec 2022

Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

Radhi berharap bekas isterinya dapat selesaikan perkara ini dengan baik

Trending Wed, 4 Jul 2018

Pemergian Anak Syurga, Jenazah Adam Rayqal Dikebumi Malam Ini

Al- Fatihah…Jenazah Adam Rayqal Mohd. Sufi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu lewat malam ini.

Hiburan Wed, 13 Feb 2019

‘Doakan Billy Kuat…’- Lana Nodin Sebak Jantung Anak Terhenti 10 Minit

Semoga segala urusan Lana & keluarga dipermudahkan.Insya Allah…

Hiburan Thu, 14 Jun 2018

Hael Bawa Helena Beraya Di Kampung

Saya bersyukur Helena turut disayangi rakan-rakan dan peminat. Pendek kata, rezeki yang saya peroleh hari ini segalanya menerusi Helena. Saya hanya penjaga kepada rezekinya… Syukur Alhamdulillah.