Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 3, 2023 @ 6:04pm

Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun & Denda RM50,000, Anne Ngasri Titip Doa Buat Siti Bainun – “Jika Tiada Kata Yang Baik, Diam”

Pengasas rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati bersalah susulan kes penderaan remaja sindrom down iaitu Bella, 13.

Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memutuskan Siti Bainun bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella hingga berlaku kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Susulan itu, Siti Bainun dijatuhkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Artikel Berkaitan: Kes Penderaan: Siti Bainun Didapati Bersalah Abai & Aniaya Bella, Berdepan Hukuman Penjara 20 Tahun & Denda RM50,000

Dalam pada itu, pelakon Anne Ngasri dilihat memuat naik foto bersama Siti Bainun dan menitipkan doa semoga urusannya dipermudahkan.

“Kepada Allah kita berserah. Bahagian dia hari ni esok lusa kita pun belum tentu.

“Saya doakan Allah SWT permudahkan segala urusan Bainun,” tulisnya.

Malah, Anne juga sempat meninggalkan nasihat untuk berkata yang baik dan tidak menjatuhkan hukum.

“Saya juga ingatkan diri saya sendiri berkatalah yang baik, jika tiada yang baik diam adalah jalannya.

“Siapa kita untuk menilai apalagi menghukum. Semoga Allah SWT mengampuni dosa kita semua,” kata Anne.

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir yang bersetuju dengan nasihat Anne malah tidak kurang juga yang mengkritik tindakannya memuat naik hantaran sebegitu.

Artikel Berkaitan: Siti Bainun Takut Keluar Rumah, Akui Kehidupan Sudah Musnah – “Saya Hilang Segala-Galanya…”

Artikel Berkaitan: “Dia Sangat-Sangat Sihat” – Siti Bainun Nafi Dakwaan Pijak & Tendang Perut Bella

Artikel Berkaitan: #JusticeForBella: Laporan Perubatan Tiada Bukti Bella Dipaksa Makan 1,280 Cili Padi, Peguambela Siti Bainun Dakwa Saksi Ke-5 Dibayar Untuk Palsukan Keterangan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 27 Mar 2024
Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Tue, 6 May 2025

Kolaborasi Bersama Tom Cruise Untuk Filem Mission Impossible, Sofyank Bikin Peminat Teruja! – “Ini Kejayaan & Kemajuan Yang Perlu Diiktiraf”

kolaborasi Sofyank bersama Tom Cruise itu dipercayai bagi promosi filem sekuel popular, Mission Impossible: The Finale Reckoning.

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Hadiahkan Barangan Peribadi Untuk Peminat, Konsert Wings The Rock Emperor Bakal Gegarkan Pulau Pinang 24 Februari Ini!

“Dah tentu konsert ini tidak akan sama seperti yang berlaku di Shah Alam. Kita akan ubah sikit repertoire dan juga persembahan serta akan jadikan intronya lebih menarik di Pulau Pinang” – Wings

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Ahirine Ahirudin Risau Berlakon Di Samping Hattan

Mestilah nervous, artis otai tu!

error: Content is protected !!