Featured By: Atiqah Johari January 28, 2023 @ 8:20pm

“Dia Sangat-Sangat Sihat” – Siti Bainun Nafi Dakwaan Pijak & Tendang Perut Bella

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa dia tidak pernah memijak atau menendang perut remaja sindrom Down, Bella semasa berada di bawah jagaannya di Rumah Bonda, semalam.

Siti Bainun, 31, menyatakan bahawa berdasarkan pemeriksaan oleh Dr Meenambigai PK Sevarajah yang bertugas di Bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur mengesahkan paru-paru, abdomen dan kaki remaja itu dalam keadaan normal.

“Bella memang sangat-sangat sihat. Dia tidak ada penyakit asma atau apa-apa sakit. Malah dapatan ini menunjukkan saya tidak pernah memijak dan menendang perut, menyuruh Bella berdiri lama dan apa jua jenis penderaan yang direka saksi-saksi pendakwaan, tidak pernah berlaku. Malah kaki Bella dilaporkan tiada bengkak,” ujarnya membaca pernyataan saksi pada hari kedua membela diri.

Memetik laporan Bernama, saksi pendakwaan kelima Yasmin Nahar Mahmood memaklumkan kepada mahkamah bahawa Siti Bainun memijak lutut dan menyepak Bella manakala saksi pendakwaan kelapan, Suhana Zam memberitahu bahawa dia pernah melihat remaja itu berdiri lebih 10 jam di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.

Malah, Siti Bainun memberitahu yang kesan gigitan pada perut Bella adalah berpunca daripada pergaduhan yang berlaku antara Bella dengan bekas penghuni Rumah Bonda, Balqis selepas Bella memakai pencuci muka Balqis.

“Lepas pakai, berlari berkejar satu rumah dan mereka masing-masing menggigit antara satu sama lain. Saya juga ada letak minyak gamat dan krim pada mereka. Saya dah marah dan tegur mereka sama seperti ibu bapa lain yang marah apabila anak-anak bergaduh. Saya pun tidak faham kenapa Bella dan Balqis tidak boleh sesuaikan diri bersama.

“Peguam saya ada bertanya kepada Bella mengenai pertuduhan dan Bella sendiri setuju ada bergaduh dengan Balqis. Bila mereka bergaduh, saya akan tenangkan dan nasihat mereka,” jelasnya lagi.

Berkenaan kesan lecuran pula, Siti Bainun menyatakan insiden tersebut berlaku pada waktu pandemik COVID-19 di mana Balqis tersimbah air panas yang berada dalam termos semasa bergaduh dengan Bella sekitar Mei 2021 dan Siti Bainun membeli ubat untuk merawat lecuran atas nasihat klinik dan farmasi serta luka tersebut sembuh dalam tempoh sebulan kecuali di bahagian pergelangan tangan.

Kata Siti Bainun, dia telah membawa Bella ke Klinik Setapak dan Surgeri berdekatan dengan rumahnya untuk mendapatkan rawatan susulan serta berjumpa dengan seorang doktor yang memberitahu kepadanya luka Bella semakin mengering dan memberikan antibiotik bagi mengelakkan jangkitan serta krim untuk disapu di luka.

“Saya tidak mendera Bella. Jika benar saya berniat untuk mencederakannya, tidak mungkin saya akan cuba menyembuhkan Bella, tiada keperluan untuk saya bertanya kepada ahli farmasi ubat-ubatan yang sesuai untuk merawatnya dan juga menghabiskan wang ringgit bagi membeli segala keperluan serta ubat-ubatan yang terbaik dan sesuai seperti dicadangkan oleh ahli farmasi.

“Saya telah merawat Bella dengan baik sebagai ibu, dan sebagai orang biasa yang merasakan ini yang terbaik untuk anak saya dan telah membawa Bella untuk mendapatkan rawatan susulan di Klinik Setapak bagi mendapatkan rawatan lanjut,” kata Siti Bainun.

Mengenai layanan Siti Bainun terhadap Yasmin yang dikatakan seperti hamba abdi, Siti Bainun berkata dia tidak mengetahui dari mana datangnya ‘hamba abdi’ dan cerita ini adalah supaya mahkamah mempercayai perwatakannya selain mempengaruhi masyarakat dalam menyedapkan cerita di media sosial.

Ujarnya, dia melayan dan menganggap Yasmin seperti anak sendiri dan menerusi diari Yasmin, dia sayangkannya serta adik-adik di Rumah Bonda.

“Bermewah-mewah juga tidak. Kami hidup sederhana sahaja. Kalau ada duit lebih saya belikan mereka makanan yang mereka mahu. Saya juga belikan anak-anak saya barang kemas jika ada wang tambahan termasuklah untuk Yasmin.

“Yasmin mereka-reka cerita tentang saya dengan teruk di mahkamah ini, saya masih sayangkan dia. Dia antara remaja pertama yang saya selamatkan dalam jagaan saya. Saya tahu dia dan bapa dia diugut serta Yasmin akan jadi kambing hitam, tapi sekaranag saya tidak tahu lagi apa yang terjadi kepada dia,” tuturnya.

Untuk makluman, Izralizam memerintahkan Siti Bainun membela diri atas dua pertuduhan selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya pada 24 November 2022.

Siti Bainun juga didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa kepada hukuman penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam bersambung semula pada 20 Februari ini.

Sumber: Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun

Ustaz Wadi Anuar Dipindahkan Ke Hospital Permaisuri Bainun Selepas Ada Cecair Keluar Melalui Hidung

Hiburan Fri, 20 Jul 2018
Featured Fri, 30 Aug 2019
Featured Tue, 16 Feb 2021
Hiburan Wed, 7 Aug 2019

李幸倪 816 回马公开举办《浮世绘》专辑发布会!

「实力小天后」Gin李幸倪8月16日回马举办,《浮世绘》专辑公开发布会!

Trending Mon, 12 Oct 2020
Featured Tue, 1 Nov 2022

Lagu Baru Meer Nash Ditujukan Buat Bekas Kekasih

Penyanyi Meer Nash, 27, atau nama sebenarnya, Muhammad Shahmeer Mohd Nashrul kembali dengan single berjudul Kajima hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir. Lagu yang menampilkan

Trending Mon, 24 Feb 2020

Korea Selatan Umum Amaran Tertinggi COVID-19 Catat Kenaikan Mendadak

Semoga yang baik-baik sahaja buat seluruh rakyat Korea Selatan

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Berkat Doa & Usahanya” – Oktovia Manrose Syukur Bapa Jadi Asbab Penghijrahan

Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian – Oktovia Manrose

Hiburan Mon, 28 Jan 2019

’Memang Salah Saya…Saya Minta Maaf’ – Emma Maembong Mengaku Silap Gambar Buka Tudung Tersebar

Dengar tu, Emma dah minta maaf. Yang penting netizen jangan terus sebarkan gambar-gambar itu okay?

| Live TV