Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 6, 2025 @ 11:19pm

Kolaborasi Bersama Tom Cruise Untuk Filem Mission Impossible, Sofyank Bikin Peminat Teruja! – “Ini Kejayaan & Kemajuan Yang Perlu Diiktiraf”

Personaliti media sosial terkenal, Sofyank, sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila diberi peluang eksklusif untuk berkolaborasi bersama bintang Hollywood tersohor, Tom Cruise di Tokyo, Jepun.

Kolaborasi bersejarah ini mencuri perhatian ramai apabila Sofyank berkongsi pengalaman uniknya bersama pelakon utama filem Mission Impossible itu menerusi platform media sosial miliknya.

Dengan sentuhan magis visual khas yang menjadi identitinya, Sofyank dilihat berjaya membawa elemen kreatif tempatan ke pentas antarabangsa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Shaffuan (@mshaffuan)

Dalam hantaran sama, Sofyank atau nama penuhnya, Mohamad Sofian, 29, hadir bersama rakannya, Shaffuan dalam misi penggambaran video dengan teknik kesan visual khas (VFX) bersama dengan Tom Cruise.

“Alhamdulillah selamat mendarat di Tokyo bersama dengan @mshaffuan .

“kalau tiada halangan, saya akan shoot satu video vfx bersama dengan Tom Cruise. Buat masa sekarang, perasaan memang sangat nervous menunggu detik untuk shooting esok.

“Walaupun dah buat persiapan awal-awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok. Dikesempatan ini, kalau tak keberatan saya nak minta dengan semua doakan proses shooting esok berjalan lancar. Insya-Allah saya akan keep update perjalanan kami di sini,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mohamad Sofian (@sofyank96)

Sekadar info, kolaborasi Sofyank bersama Tom Cruise itu dipercayai bagi promosi filem sekuel popular, Mission Impossible: The Finale Reckoning.

Selain Tom Cruise, filem ini juga turut membariskan pelakon hebat Hollywood seperti, Will Smith, Paul Rudd dan Jonathan Majors.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Nov 2018
Hiburan Fri, 31 Jan 2020
Trending Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Awal Ashaari Mahu “Cuci Tangan” Dalam Industri?

Awal Ashaari merupakan figura yang cukup terkenal di Malaysia. Namun, sejak akhir-akhir ini, beliau kelihatannya agak kurang keluar di kaca TV berbanding dahulu. Adakah beliau dah nak ‘cuci tangan’ dari industri seni tanah air?

Featured Thu, 19 Mar 2020
Trending Tue, 10 Apr 2018

神人改图!如果超级英雄是「中国摊贩」网友笑惨

这年头超级英雄电影当道,英雄们的独特个性与能力,都让影迷留下深刻印象。如果把这些英雄放到中国的庶民生活中呢?中国网友「青红造了个白」就进行神改图,意外无违和的画面太搞笑了!

Events Sat, 10 Sep 2022
Trending Sun, 18 Oct 2020
error: Content is protected !!