Filem By: Atiqah Johari November 15, 2023 @ 12:30pm

Penuh Emosi & Aksi! ‘Impak Maksima Underground’ Mula Tayangan Eksklusif Di Tonton 15 November 2023

Filem “Impak Maksima Underground” bakal mula ditayangkan mulai 15 November 2023 secara eksklusif di Tonton dengan aksi tanpa henti, filem yang intens dan perjalanan emosi yang mengujakan kepada para penonton.

“Impak Maksima Underground” membawa genre aksi ke tahap yang lebih tinggi berkisarkan perjalanan Rudy (Syafi Tee) dalam meneruskan misi berbahaya menerusi dunia perlumbaan bawah tanah yang gelap dan berbahaya.

Bukan itu sahaja, filem ini dipenuhi dengan aksi kejar-mengejar kereta yang mendebarkan, adegan-adegan perkelahian yang tegang yang dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat. “impak Maksima Underground” menjanjikan pengalaman sinematik yang gempak kepada penonton!

Jangan lepaskan peluang untuk menonton para pelakon berbakat, Syafi Tee, Ismail Izzani, Nia Atasha, Juzzthin, Yusof Hashim, Zul Huzaimy dan Cat Farish dalam “Impak Maksima Underground”.

Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM9.90 dan saksikan sendiri “Impak Maksima Underground”. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, dan #ImpakMaksimaUnderground. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 4 Jun 2024
Events Sat, 26 Nov 2022
Featured Fri, 27 Jan 2023

Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati. @syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus […]

Trending Thu, 1 Mar 2018

Terlajak Awal! Gajah Pun Ke Sekolah Tau…

Kalau dilihat pada gambar di atas, gajah itu seolah-olah sesat kan? Nasib baiklah ketika kejadian, salah seorang kakitangan sekolah belum masuk tidur lagi.

Featured Fri, 10 Feb 2023
Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Featured Tue, 8 Aug 2023