Filem By: Padin January 20, 2022 @ 10:37am

Persaingan Sengit Antara Malaysia, Indonesia & Filipina, Cilor Dinobatkan Sebagai Juara Pertama Squad Up: Athena!

Kejohanan e-sukan pertama yang memperjuangkan pemain wanita di seluruh Asia Tenggara menyaksikan persaingan sengit dari Malaysia, Indonesia dan Filipina telah berakhir dengan pasukan Cilor merangkul gelaran juara pada Sabtu.
 
Beraksi menentang rakan sepasukan Indonesia, Volt Archery, pasukan Cilor yang dianggotai oleh Claudya (IGN: Pixie), Gabrielle Nadya Kusuma (IGN: Elle), Destria Chinca Dewi (IGN: Chinchaaw), Alvarocky Hartanto (IGN: Dreee X Aresss) Juan Ozora (IGN: Junjun tomlol), dan Vivien (IGN: Pienberry>.<) menunjukkan kehebatan mereka dalam permainan mudah alih popular Mobile Legends: Bang Bang dan menang 3-0 pada pusingan akhir serta membawa pulang hadiah wang tunai utama RM18,900.
 
Volt Archery yang menduduki tempat kedua memenangi RM10,500 dan Bren Victress dari Filipina di tempat ketiga dan membawa pulang RM7,140. Cibi Cibi Chan mendapat tempat keempat dan memenangi RM5,460.


 
Terdahulu, lapan pasukan dari tiga negara berjaya menjuarai kejohanan kebangsaan masing-masing. Pasukan tersebut, Karra (MY), On Air Pipols (MY), Cilor (IND), Volt Archery (IND), Cibi Cibi Chann (IND), Bren Victress (PH), Project-Evo FE (PH), dan DDE x Risk Velkhana (PH), telah bersaing untuk memenangi sebahagian dari hadiah wang terkumpul RM42,000.


 
Dianjurkan oleh REV Media Group (RMG) melalui Gaming Network IGN Southeast Asia (IGN SEA), dengan kerjasama Facebook Gaming, Squad Up: Athena telah dihoskan oleh shoutcasters wanita, Lizara Gaming dan Mon Chelle, yang juga bertindak sebagai penganalisis perlawanan.

“Kami begitu teruja dengan hasil daripada kejohanan itu dan kami berharap sesiapa yang menonton perlawanan itu merasakan perkara yang sama.

“Setiap pasukan menunjukkan semangat mereka dan kemahiran mereka setanding dengan pasukan profesional.
 
“Bagi pihak pasukan produksi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan Cilor dari Indonesia kerana memenangi kejuaraan Squad Up: Athena buat julung kalinya.

“Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak kejohanan seperti ini pada masa hadapan. E-sukan adalah untuk semua orang, tidak kira umur dan jantina, dan itulah keindahannya,” kata Adrian Lai selaku Ketua Rangkaian Permainan RMG.
 
Dapatkan maklumat lanjut tentang Squad Up: Athena atau sebarang hal berkaitan permainan di https://sea.ign.com/. Game on!

Nantikan juga Squad Up: edisi Terbuka dan Merdeka akan datang tidak lama lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 3 Jul 2019

《守百年之约》冲出海外!中国芒果TV国际APP买下播映版权

电视剧《守百年之约》势不可挡,如今又迎来了令人振奋的消息,《守百年之约》即将在中国芒果TV国际APP上架,并成为大马第一部登陆该视频网的本地制作电视剧!

Filem Wed, 17 Jan 2024

Dituduh Melukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

‘Kena lapor diri di balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah’ – Timbalan Pendakwa Raya

Filem Fri, 12 Apr 2019

盛天俊片场压力过大爆哭!陈子颖腻了演情侣

盛天俊首担年代剧男主,压力过大片场爆哭,让女友陈子颖很心疼!连续四次演情侣让两人直呼腻了“下次可演姐弟。”

Filem Thu, 11 Jan 2018

黄一飞泪洒拍摄现场 俊倩首当电影女主角

以大马乐坛近30年音乐时代为背景的电影《想见你》目前已来到拍摄第七天,演员黄一飞自爆在其中一场戏因演唱《你的歌》让他忆起故友谢继麟,不禁泪洒现场。

Filem Wed, 15 Aug 2018

CJ WOW SHOP to Bring in Millionth Customer + Reward Top Spenders

The home shopping channel will be making home visits just to reward the top spenders.

Filem Fri, 30 Aug 2019

Cemas Beb…Erra Fazira, Nabila Huda Bergabung Dalam ‘Wangi’

Bakal ditayangkan di pawagam pada 5 SEPTEMBER 2019, ia menampilkan barisan pelakon- pelakon hebat seperti Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifly.

Filem Thu, 10 Oct 2019
Filem Thu, 29 Sep 2022
Figura Fri, 12 Jan 2024

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Perkara yang dinyatakan dalam filem tersebut dikatakan bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.