Categories: Gaya Hidup

5 Benda Di Pejabat Anda Yang Ada Kuman Paling Banyak

Jika anda seorang yang fobia kuman dan ingin kekal bebas daripada bakteria, duduk rumah sajalah. Sekurang-kurangnya anda boleh kawal kebersihan kawasan persekitaran.

Tapi bagi anda yang tiada pilihan, kenalah keluar rumah untuk cari rezeki. Dan biasalah, jika sesuatu tempat itu sering didatangi manusia, mestilah ia berkuman.

Lokasi yang paling kotor adalah tempat di mana ramai orang berlainan menyentuh sesuatu permukaan itu. Pejabat anda tak terkecuali.

Kuman disebarkan melalui sentuhan terus (ketika anda bercakap dengan rakan sekerja yang tidak sihat, atau dia bersin di muka anda).

Satu lagi caranya adalah melalui sentuhan tidak langsung (seseorang yang sakit menyentuh sesuatu objek, dan anda yang sihat pula menyentuh objek tersebut dan kemudian menyentuh mulut, mata atau luka pada kulit).

Di bawah ini adalah 5 lokasi di pejabat yang ada paling banyak bakteria, dan cara untuk melindungi diri anda daripada jangkitan kuman.

Setiap kali anda berada di tempat-tempat ini, ingat ya! Bersihkan tangan anda selepas itu.

1. Butang lif dan railing eskalator

Foto: Hutchinson Belt Drive Systems

Besar kemungkinan semua orang yang tak menaiki tangga untuk ke tingkat atas akan menggunakan lif atau eskalator yang disediakan. Dan mestilah mereka pegang butang lif atau tempat letak tangan eskalator tersebut. Itu sebabnya benda-benda ini mengandungi banyak bakteria. 

Sebuah kajian menunjukkan yang 61% daripada butang lif dijangkiti bakteria manakala untuk tandas pula hanyalah 43% (mungkin kerana ia sering dicuci). Dalam kes railing eskalator pula, ia diperbuat daripada getah yang boleh mengandungi organisme dan jarang dicuci.

Cara perlindungan: Bersihkan tangan selama 15 ke 20 saat – pastikan anda cuci celah-celah jari, bahagian atas tapak tangan serta di bawah kuku – sebelum anda menyentuh muka atau sebelum makan.

Hand sanitizer yang alcohol-based juga boleh membunuh kuman.

2. Pintu pejabat

Pintu adalah satu sumber pencemaran tak langsung tapi berapa banyak bakteria yang tinggal di atas tombol sesuatu pintu itu bergantung kepada bahan buatannya.

Contohnya, tombol besi yang tidak bersalut boleh menjadi habitat bagi mikrob jika ia diperbuat daripada tembaga, zink atau nikel.

Cara perlindungan: Cuci tangan selalu.

3. Keyboard komputer

Foto: Phys.org

Walaupun anda seorang saja yang memegangnya, papan kekunci anda pun boleh mengandungi bakteria. Di dalam sebuah kajian yang diterbitkan oleh The American Journal of Microbiology, para pengkaji telah mendapati yang 250 buah keyboard yang mereka periksa, semuanya ada pencemaran mikrob. 

Sebuah kajian lain pula mendapati jumlah pencemaran pada papan kekunci dan tetikus adalah sangat tinggi dan berpotensi untuk merebak jika tangan pemegangnya dicemari.

Cara perlindungan: Sapu keyboard dan mouse anda dengan tisu anti-bakteria untuk membunuh organisme yang ada.

4. Telefon bilik mesyuarat

Seseorang itu besar kemungkinan memegang telefon bimbit mereka hampir 50 kali sehari. Mungkin sebab itulah ia dipenuhi dengan bakteria. Kebanyakan daripada mikrob tersebut bukanlah jenis yang boleh buat anda jatuh sakit, tapi kajian mendapati bakteria merbahaya seperti Streptococcus, MRSA dan E. coli juga pernah dijumpai di atas permukaan telefon.

Walau bagaimanapun, pakar lebih risau tentang telefon yang dikongsi (seperti di dalam bilik mesyuarat) kerana ia digunakan oleh ramai orang dan jarang dicuci.

Cara perlindungan: Sapu dengan anti-bacterial wet wipes sebelum guna.

5. Cawan kopi di pantri atau bilik rehat

Foto: Pinterest

Inilah sebabnya anda kena bawa cawan sendiri: Penutup cawan kopi sebenarnya selalu dicemari najis. Hah?

Sebuah kajian menunjukkan lebih kurang 20% daripada cawan kopi pakai buang mengandungi bakteria daripada najis.

Penutup cawan itu khususnya lebih bermasalah kerana ramai orang menyentuhnya. Mereka pegang banyak-banyak pada satu masa, kemudian letak balik yang mana yang mereka tak perlukan.

Cara perlindungan: Bawa cawan kopi sendiri!

Ad Ops