Categories: Gaya Hidup

5 Perkara Ini Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Pergi Beraya

Macam mana dengan raya anda? Mesti meriah kan? Raya kan setahun sekali, mestilah kena sambut dengan penuh kemeriahan. Betul tak?

Kepada anda yang masih belum habis beraya rumah rakan-rakan mahupun ahli keluarga, penulis nak kongsikan 5 perkara yang perlu anda elakkan daripada melakukannya apabila pergi beraya. Jom kita semak!

1. Jangan datang rumah orang awal sangat

Mana tahu tuan rumah baru bangun tidur ke. Maklumlah sekarang ni musim World Cup. Tak pasal-pasal mengamuk tuan rumah nanti.

2. Jangan datang rumah orang tengah malam

Kalau anda excited sekalipun nak beraya, janganlah beraya rumah orang pada waktu tengah malam! Mungkin tuan rumah dah nak masuk tidur dah, ganggu sahaja waktu rehat mereka.

3. Jangan terus ke dapur rumah orang

Biasalah musim raya ni dapur memang macam tongkang pecah. Minta izin dahulu jika anda nak pergi ke dapur sama ada mahu cuci tangan mahupun ke tandas, jangan main sergah sahaja. Malu tuan rumah jika anda lihat dapur mereka yang berselerak.

4. Jangan pandai-pandai tukar siaran TV rumah orang

Janganlah buat macam rumah sendiri bila beraya rumah orang, elakkan daripada sesuka hati menukar siaran tv tuan rumah ya! Tak manis perangai macam tu.

5. Jangan tumpang tandas kalau tak reti nak flush

Rasanya ni ramai yang tuan rumah tak suka bila ada tetamu yang datang. Buat la perangai elok sikit kalau nak tumpang tandas rumah orang. Pastikan anda flush dan jaga kebersihan ya!

Raya sebulan kan, manfaatkan raya anda dengan mengeratkan silaturrahim dengan saling kunjung mengunjung ok! Semoga bermanfaat!

Sumber: Vitdaily

tex_admin