Categories: Sihat

Kalau Nak Kuku Kekal Cantik Dan Terjaga, Ikuti Tip Ini!

Tahukah anda, kuku juga memainkan peranan penting dalam penampilan seharian kita. Kuku yang tidak dijaga akan meningkatkan risiko penyakit seperti cagu, kuku merekah, mudah patah, kusam serta berwarna kuning atau hitam pasti menjejaskan penampilan. 

Sebenarnya, menjaga kuku bukan sesuatu perkara yang sukar. Anda hanya perlu potong dan bersihkan sahaja! Nak tahu cara jaga kuku untuk tampak sentiasa cantic dan terjaga? Jom ikuti rutin penjagaan kuku ini.

Foto: Liputan6

1. Kerap membersihkan kuku setiap kali membuat sesuatu kerja seperti menyapu, memasak, bercucuk tanam dan sebagainya.

2. Jangan potong kuku terlalu pendek.

3. Rendam dalam air suam supaya dapat melembutkan dan memudahkan kuku dipotong.

4. Gunakan alat khas untuk melicinkan permukaan kuku yang dipotong. Gosok kuku dengan kain secara perlahan untuk menanggalkan habuk yang tertinggal.

5. Sentiasa memakai pelembap tangan dan kuku yang mengandungi vitamin C bagi membantu mencantikkan kuku.

6. Minum air putih secukupnya bagi membantu mendapatkan kuku yang sihat, kuat dan cantik.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Utusan Online

tex_admin